Kenyataan Media
PARTI KEADILAN RAKYAT SELANGOR
6hb April 2011
Dato Sri Najib nyata serlahkan kebimbangan dalam keyakinannya menyeru kepimpinan UMNO Selangor 'bangun dari tidur'. Kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor itu dizahirkan ketika berucap di majlis anjuran Veteran UMNO Malaysia (Selangor) malam semalam di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Ia dengan jelas menunjukkan nada gelisah dan kebimbangan terhadap kecamukan usaha Najib meyakinan rakyat khususnya orang melayu pada UMNO Selangor. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa UMNO Selangor tidak boleh lagi mengharapkan kawasan majoriti Melayu untuk berpihak kepada UMNO.
Ia secara tersirat membuktikan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat tetap meningkat ke tahap yang selesa disebalik serangan bertali arus UMNO/BN pada Pakatan Rakyat khasnya pada Ketua Umum KeADILAN. Sokongan orang melayu di Satok dan Balingian semasa PRN Sarawak baru baru ini menunjukan orang melayu di Sarawak, juga menolak BN. Realiti itu mencemaskan kepimpinan Najib di Selangor. Walaupun KEMAS dan agensi lain dikudakan membantu mendaftar pengundi baru, menukarkan pengundi Sabah ke kawasan Dun sasaran, ia tetap mengusarkan Najib. Contohnya di rumah sewa seorang sewa orang UMNO di No.16. Jalan Tanjung Resang 30/25A, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, wujud cara tidak beretika memindahkan pengundi. Terdapat lebih 7 pengundi yang tidak tinggal di situ dalam satu rumah. Itulah yang dimaksudkan oleh Najib, 'lakuan dengan cara apapun asalkan menang'
KEADILAN Selangor berasakan kebimbangan Najib ini juga timbul di disebabkan pergolakan dalaman BN Selangor dan usaha gigih berterusan Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang konsisten menjaga semua kaum dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Agenda MES ini amat terasa pada rakyat yang benar benar susah sambil ianya dinikmati terus oleh Rakyat Selangor khususnya orang melayu, yang merupakan kaum terbanyak yang masih hidup di bawah paras kemiskinan.
Keresahan Najib ini juga berpunca dari masalah krisis kepimpinan UMNO Selangor yang kian meruncing. Perbalahan merebut kuasa dan hasad dengki masih menebal di peringkat Bahagian UMNO Selangor dan kurangnya koordinasi antara UMNO Negeri dan UMNO Bahagian bersama gerak kerja dengan anggota BN seperti MCA. MIC dan PPP. Lewat waktu ini sahaja kalangan anggota BN mencuba untuk berada dalam satu pentas walaupun jelas janggal di kalangan anggotanya - UMNO pendokong parti perkauman manakala rakan MCA nya tidak lagi ber taring. Nyata UMNO Selangor masih dengan perangai lama yang 'gila kuasa' dan menjadi 'abang besar' dalam kalangan kesatuan BN hingga timbul 'rasa dibuli' oleh MCA dan MIC.
Seruan dari 'siren kecemasan' Najib ini sama sekali tidak melekakan KEADILAN Selangor. Bahkan menguatkan azam dan tekad untuk terus merancang siri pemantapan jentera parti yang terlatih, kemas dan sistematik untuk membantu rakyat.
KEADILAN Selangor akan terus bersama rakan Pakatan Rakyat lain membantu Kerajaan Negeri memperkasakan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor fasa terbaru yang mana hasrat membantu rakyat dengan program-program yang dapat meringankan bebanan mereka.
Dato Sri Najib boleh terus 'memujuk hati' kalangan UMNO. namum itu tidak dapat menebus dosa UMNO selama 20 tahun kebelakangan yang jelas menebalkan rasa mual rakyat pada UMNO. Sesungguhnya kezaliman UMNO BN tidak akan dilupakan begitu saja oleh mereka yang merasainya. KEADILAN yakin, hati rakyat tidak lagi bersama Najb,UMNO dan BN dulu, kini selamanya.
Shuhaimi Hj Shafiei
Ketua Penerangan Keadilan Selangor/ Adun Sri Muda
No comments:
Post a Comment