Thursday, June 9, 2011

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR 9 JUN 2011

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI SELANGOR
9 JUN 2011

Salah satu misi Pilihan Raya Umum ke 13, Parti KEADILAN Rakyat Selangor (KEADILAN Selangor) adalah mensasarkan sebanyak 11 kerusi Parlimen untuk dimenangi dalam PRU akan datang. Berdasarkan culaan dan statistik terkini KEADILAN Selangor mempunyai asas kukuh untuk yakin akan dapat mempertahankan 8 kerusi Parlimen sedia ada dan menambah majoriti iaitu di:

• P097 Selayang (PRU-12: +3,567)

• P098 Gombak (PRU-12: +6,867)

• P099 Ampang (PRU-12: +3,676)

• P104 Kelana Jaya (PRU-12: +5,029)

• P105 Petaling Jaya Selatan (PRU-12: +5,706)

• P107 Subang (PRU-12: +6,709)

• P109 Kapar (PRU-12: +12,297)

• P112 Kuala Langat (PRU-12: +989)

KEADILAN Selangor juga akan memberikan fokus khas menawan 3 kerusi Parlimen:

- Parlimen Sabak Bernam
- Parlimen Pandan
- Parlimen Hulu Selangor

KEADILAN Selangor telah melatih jentera pilihanraya yang tersusun untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh rakyat khususnya di Parlimen Hulu Selangor dalam rangka untuk menawan kembali kerusi tersebut yang telah tewas kepada BN dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada 25 April 2010. Jesteru ada dua kali siri penerangan perdana di Hulu Selangor iaitu pada 1 Jul 2011 dan 10 Jul 2011

KEADILAN Selangor bertekad membantu memenangi 3 lagi kawasan mejoriti melayu yang ditandingi oleh rakan Pakatan Rakyat di:

- Parlimen Sungai Besar
- Parlimen Tanjong Karang
- Parlimen Sepang

Bagi kerusi DUN, KEADILAN Selangor akan mempertahankan 14 kerusi DUN yang telah di menangi dalam PRU 12 yang lalu dan akan menawan 7 lagi kerusi DUN dalam PRU akan datang. Antaranya ialah:

- DUN Batang Kali
- DUN Permatang
- DUN Kuang
- DUN Semenyih
- DUN Dengkil
- DUN Sementa
- DUN Pelabuhan Klang

Oleh kerana itu gerak kerja Pilihan Raya bagi KEADILAN Selangor akan bermula secara rasmi di Tanjong Karang pada 11 Jun ini. KEADILAN Selangor akan melancarkan Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia Fasa 2 ("JELAS- Tawan Malaysia!") & Pelancaran Jentera Pilihan Raya KEADILAN Selangor jam 3 petang.
KEADILAN Selangor memilih gerak kerja bermula di Tanjong Karang kerana kawasan Parlimen ini milik Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Sri Noh Omar. Kami yakin pelancaran ini akan memberikan satu tamparan hebat kepada beliau dan seluruh jentera Umno-BN khususnya yang masih bercakaran sesama sendiri.

KEADILAN Selangor percaya perjuangan dalam pilihanraya akan datang ini akan disambut oleh rakyat kerana asas perjuangan kami adalah mengembalikan hak rakyat dan memertabatkan kedudukan rakyat yang sekian lama terpinggir.

Fasa Pertama "JELAS - Tawan Malaysia!" Sudah berakhir pada 5 Jun lepas dengan Kuala Langat menjadi lokasi terakhir. Sebanyak 33 program berjaya dijalankan dalam siri pertama ini. Fasa kedua sebanyak 19 siri akan berlangsung dengan pemidato hebat seperti Dato Sri Anwar Ibrahim.

Sambutan yang di terima dalam fasa pertama "JELAS- Tawan Malaysia!" amat memberangsangkan dan fasa kedua akan mempertingkatkan lagi keyakinan rakyat pada perjuangan mengembalikan hak rakyat!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / Adun Sri Muda
9 Jun 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: