Monday, June 27, 2011



PERIHATIN DAN BERKEBAJIKAN DITERUSKAN OLEH YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI


SRI MUDA - Setiap insan yang kurang berkemampuan perlulah dibantu untuk merubah lanskap kehidupannya agar keluar dari kesusahan dan akhirnya akan menjadi insan yang berjaya.YB Shuhaimi yang sentiasa berusaha untuk membantu sesiapa sahaja yang kurang berkemampuan andainya mereka - mereka itu benar - benar mempunyai keinginan untuk berubah seterusnya berjaya didalam dalam hidup.
YB Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini telah meluangkan masa untuk menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan mesin menjahit kepada seorang penerima yang layak untuk di bantu setelah penilaian di jalankan oleh kakitangan Pusat Khidmat Rakyat.Shuhaimi Hj Shafiei yang hadir untuk menyerahkan sendiri sumbangan tersebut sempat memberikan nasihat serta peransang kepada penerima agar dapat menggunakan peralatan yang disumbangankan dengan sebaik yang mungkin agar ia dapat menambah pendapatan pada masa hadapan.








No comments: