Friday, June 24, 2011

PKR Selangor arah 70,000 anggota sertai Bersih 2.0

SHAH ALAM- PKR Selangor akan arahkan 70,000 ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9 hadapan.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, pihaknya bersiap sedia mengemudi gerakan dalam perhimpunan tersebut.

"Sudah tentu Keadilan Selangor turut serta bersama rakan-rakan Pakatan lain dan kita menganggarkan 70,000 ahli daripada 128,000 yang kita ada akan menyertai dalam perhimpunan rakyat ini.

"Kita tegaskan soal reformasi terhadap sistem pilihan raya Malaysia penting bagi pembinaan negara yang di hormati masyarakat dunia dan di atas semangat Perlembagaan Negara, PKR Selangor nyatakan komitmen dan sokongan padu kepada himpunan Bersih ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Oleh itu katanya, pihaknya memaklumkan arahan tersebut kepada semua Ketua Cabang PKR seluruh Selangor.

Katanya, penglibatan PKR Selangor secara langsung dalam Bersih 2.0 akan buktikan perjuangan parti dalam mengangkat nilai luhur demi menegakkan keadilan.

"Cukuplah dengan bantahan demi bantahan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) yang dipandang ringan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang nyata tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas dan tidak berpihak.

"Kita akan memberi sepenuh komitmen dan akan turun di barisan hadapan bersama pimpinan Bersih 2.0 sebagaimana disepakati dalam Konvensyen Pilihan Raya lepas," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: