Loading...

Monday, June 27, 2011

Sunday, June 26, 2011

catatan : 1/2 hari bersama YB

Hari ini sempat mengiringi YB setakat 5 program sahaja, itu pun dah cukup meletihkan, yang lain tak mampu nak ikut sebab keletihan dan ada komitmen yang lain yang perlu diselesaikan

YB meneruskan aktivitinya pada hari ahad ini bersama Sdr Azmi Jusuh, Ahli Majlis MPK dan Sdr Abd Majid Hassan hingga kemalam nanti.

Sekretarit yang turut serta kali ini ialah Sdr Syed Abd Malek, Sdr Shamsul, Sdr Mohd Iqbal, Tn Hj Bahaudin Dan Sdr Ikhsan

Program bermula jam 8.30 pagi dimana YB hadir pada Ijtimak Tarbawi anjuran Lajnah Tarbiyyah PAS Kota Raja yang diketuai oleh Ust Jefri Isa (Ketua Urusan Ulamak) dan Ust Yusof selaku ketua Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan.
Semua AJK PAS Kawasan dan dewan-dewan serta cawangan turut hadir untuk memenuhi hampir semua tempat duduk yang disediakan didewan Dato Fadhil Nor, Pejabat PAS Kawasan Bukit Naga.

Pada kira-kita jam 9.55 pagi YB dan rombongan bergegas pula untuk ke Kampun Baru Hicom untuk majlis kebajikan anjuran Dewan Himpunan PAS Kota Raja yang diterajui oleh S. Lakshmanan.
Atas inisiatif penganjur seramai 4 orang YB bergabung bagi menjayakan program ini yang dikhususkan bagi membantu rakyat miskin di daerah tersebut. Mereka ialah YB Khalid Samad, YB Shuhaimi Shafie, YB Dr Xavier dan YB Dr Siti Mariah sendiri.

Dalam ucapan nya pada majlis tersebut YB Shuhaimi memaklumkan bahawa sebanyak 18 daripada 25 perkara yang menjadi manifesto dalam PRU 12 yang lalu telah berjaya dilaksanakan olek Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sekretariat turut membantu
Program seterusnya ialah pemeriksaaan mamogram (payudara) secara percuma yang melibat 1000 rakyat bagi setiap DUN. Kos pemeriksaan ini ialah RM 140 pada klinik swasta.

Selain itu menjelang hari raya ini mana-mana warga emas yang telah didaftar dibawah skim warga emas MES akan diberi vaucher percuma RM100 untuk membeli belah dipasaraya terpilih menjelang hari raya nanti.

Sementara itu Dr Mariah dalam ucapan nya mengakui bahawa di Kampung Baru Hicom ini masih ramai yang miskin dan perlukan bantuan untuk meringankan tanggungan mereka. Program ini bukan kali pertama dilakukan terutama oleh Pejabat DUN Sri Muda dan Parlimen Kota Raja tetapi merupakan kesinambungan dari pelbagai aktiviti seumpama ini yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Ketika YB berucap YDP En Jaafar Samsudin yang merupakan Pengarah Pilihanraya Selangor yang baru sampai kemajlis ini, begitu juga Timbalan YDP Tn Hj Norhalim yang juga merupakan Ahli Majlis MBSA.
Selepas selesai mengagihkan sumbangan, rombongan bergegas pula ke Kampung Jawa bagi menghadiri program Home Buisness anjuran Pejabat Parlimen Kota Raja di Dewan orang ramai Kampung Jawa. Dalam majlis ini YB sempat menyampai kan ucapan ringkas dan kata-kata semangat kepad ramai peserta yang hadir dan aktiviti ini merupakan sessi terakhir program ini dan Sekretariat akan mengumpul kan seramai lebih 500 peserta yang pernah hadir ke program ini dalam satu pertandingan yang akan di adalan pada 2 Oktorber 2011 akan datang di Dewan Jubli Perak SUK.
Sekretariat dihadapan dewan Kampung Jawa dalam program home buisness

Seterusnya rombongan YB ke Markas PAS Kampung Jawa untuk memberikan taklimat-taklimat terkini perkembangan parti dan negara selain mempromosi Bersih pada 9 Julai nanti.
YB Berucap di markaz PAS Kampung Jawa
Mantan YDP PAS Kota Raja AF Ustaz Ghazali
Selepas minum Teh O rombongan kami diteruskan ke Taman Sentosa untk menghadir majlis walimatul urus ahli PAS disana. Selepas majlis ini YB meneruskan aktivitinya ke Bandar Putera mana kala kami ber5 kembali ke Bukit Naga untuk mengikuti Ijtimak disana.
Setakat inilah yang mampu kami ikut YB sebab dah kepenatan dan program terakhir YB pada malam ini ialah Ceramah Pakatan Rakyat di Dewan Klang Jaya bersama YB Nurul Izzah, YB Xavier dan lain-lain.

Sementara esok YB akan bersama program yang diatur oleh Sekretariat ialah Gerak Gempur di Pasar Malam Kandis Permai selepas Solat Maghrib.

Sumber: Blog Ahli Parlimen Kota Raja

No comments: