Monday, January 25, 2010

GOTONG ROYONG BERSAMA - SAMA AHLI KELAB KECACATAN FIZIKAL KLANG

SRI MUDA - Niat untuk membantu golongan yang kurang bernasib bukan hanya sekadar dengan menghulurnya dengan bentuk wang ringgit semata - mata namun ada pelbagai cara.Atas semangat ingin membantu telah mengerakkan niat murni ADUN Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei dan Wanita DUN Sri Muda menganjurkan gotong royong membersih dan mengindahkan Pejabat dan Pusat Kelab Kecacatan Fizikal Klang baru - baru ini.Sejak dari awal pagi telah ramai ahli dari KKFK berkumpul untuk bersama - sama wanita DUN Sri Muda Dan Shuhaimi Hj Shafiei untuk menganding bahu bagi menjayakan gotong royong tersebut dan kepuasan jelas terbayang disetiap wajah - wajah yang hadir pada hari tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terharu di atas kejayaan yang dicapai di hari majlis tersebut berlangsung kerana kehadiran yang amat mengalakkan serta kesungguhan ahli - ahli Kelab Kecacatan Fizikal Klang dalam melaksanakan tugasan biarpun mereka memiliki kekurangan namun kan tetapi kesungguhan mereka untuk turut serta adalah sesuatu yang perlu dijadikan contoh dan tauladan kepada semua golongan masyarakat.Shuhaimi Hj Shafiei juga menyeru kepada orang ramai serta mereka - mereka yang berkemampuan agar tampil dengan menghulurkan bantuan untuk meringankan dan melicinkan persatuan dalam usaha untuk menganjurkan aktiviti kepada ahli persatuan.
















Friday, January 22, 2010

PEGAWAI DAN KAKITANGAN EXCO & ADUN PAKATAN RAKYAT JANGAN GOYAH

SRI MUDA - Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sri Muda menasihati semua kakitangan yang berkhidmat dengan Exco atau Adun Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor agar meneruskan tugasan seperti biasa dan lebih bersemangat biarpun pada ketika ini menghadapi situasi yang agak menekan.Rentetan penahan seorang kakitangan kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor di bangunan SUK baru - baru ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangkakan dari awal lagi.
Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada semua kakitangan dan petugas agar dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama untuk mencari kata sepakat bagaimana cara untuk menghadapi situasi ini dengan lebih tenang.Shuhaimi Hj Shafiei percaya kesemua kakitangan dan petugas yang berkhidmat dengan Exco dan Adun Pakatan Rakyat adalah terdiri dikalangan perjuang yang tidak mudah tunduk dan mengalah dengan sebarang tekanan dan serangan dari mana - mana pihak kerana telah tersemat didalam sanubari mereka kata - kata azimat yang sering dilaungkan oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim "KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BERBICARA TENTANG PERJUANGAN"

Thursday, January 21, 2010

MELAWAT DAN BERTEMU DENGAN PARA PERNIAGA PASAR MALAM TAMAN SRI MUDA

SRI MUDA - Kebiasaannya pasar malan akan hanya di kunjungi oleh calon apabila menjelang pilihanraya untuk bertemu pengunjung dan perniaga semata - mata untuk mendapatkan sokongan.Namun begitu berlainan dengan Shuhaimi Hj Shafiei yang akan meluangkan masa beliau untuk turun ke pasar malam di sekitar kawasan DUN Sri Muda untuk bertemu dengan orang ramai sekerap yang mungkin untuk beramah mesra dan mengeratkan lagi jalinan bersama rakyat. Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 2 jam untuk melawat ke pasar malam Taman Sri Muda yang sememangnya terkenal kerana jumlah ruang niaga yang besar.Disepanjang lawatan tersebut orang ramai serta perniaga tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan bermesra dengan beliau kerana ada di kalanggan orang ramai menyatakan rasa terharu kerana sebelum ini begitu sukar untuk melihat seorang Wakil Rakyat hadir ke pasar malam sekiranya bukan dengan tujuan merai undi semata - mata.

Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan kesanggupan beliau untuk sentiasa melakukan lawatan ke mana - mana pasar malam atau pasar pagi didalam kawasanDUN Sri Muda kerana dengan cara demikian beliau berpeluang untuk bertemu dan bermesra dengan orang ramai.Selepas ini Shuahimi Hj Shafiei akan neneruskan amalan ini kerana sudah menjadi tanggungjawap beliau untuk bertemu dengan rakyat walau di mana sekali pun kerana dengan cara itu beliau akan lebih mengenali dan dekat dengan rakyat setempat.






MENINJAU DAN MELAWAT TERNAKAN IKAN KELI

SRI MUDA - Berusaha untuk merubah kehiduapan yang boleh menjamin kehidupan dimasa yang mendatang telah mendorong seorang anak muda yang berasal dari kampung Jalan Kebun Klang mengusahakan ternakan ikan keli secara sangkar.Namun usaha beliau berdepan dengan permasalahan apabila ternakan ikan keli yang di usahakan oleh Saudara Azhar bin Ahmad sebenarnya terletak di dalam parit yang mana dibawah seliaan Jabatan Peparitan Dan Saliran Daerah Klang.Sebagai tanda sokongan dan keperihatinan sebagai ADUN kawasan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa dengan meninjau dan melawat lokasi parit yang telah di jadikan ternakan ikan keli tersebut.Shuahimi Hj Shafiei secara peribadi memuji usaha yang telah dilakukan oleh saudara Azhar itu kerana sebelum ternakan tersebut di usahakan parit tersebut telah dipenuhi dengan tumbuhan namun akan tetapi kini parit tersebut begitu bersih sekali.
Shuhaimi Hj Shafiei memberikan masa yang secukupnya kepada saudara Azhar agar dapat mencari satu jalan yang terbaik agar beliau dapat meneruskan usaha menternak ikan keli secara sangkar.Shuhaimi Hj Shafiei berkata beliau akan bertemu dan berbincang dengan pihak JPS agar memberikan ruangan dan peluang kepada Saudara Azhar meneruskan penternakan ikan keli tersebut dan dalam waktu yang sama meminta agar saudara Azhar dapat mencari lokasi yang lebih sesuai bagi membina kolam ternakan ikan keli tersebut.















KEHADIRAN SHUHAIMI HJ SHAFIEI MEMBERIKAN SEMANGAT DAN KEYAKINAN

SRI MUDA - Ketika melalui situasi yang amat menyedihkan apabila ibu yang tersayang telah kembali ke rahmatullah kesedihan tersebut terubat sedikit apabila seorang Wakil Rakyat berkesudian melapangkan masa seterusnya membantu menguruskan jenazah ibunya. Encik Shalan merasa cukup terharu apabila Shuhaimi Hj Shafiei hadir dan membantu menguruskan jenazah ibu beliau sedari awal sehinggalah selesai solat jenazah dan menghulurkan sedikit bantuan untuk mengadakan majlis bacaan yasin selama tiga hari.
Encik Shalan menyatakan yang beliau tidak terfikir yang Shuhaimi Hj Shafiei akan hadir dan meluangkan masa yang begitu panjang ketika urusan jenazah sedang berjalan di Masjid Al Bakhri Kampung Bukit Naga.Shuhaimi Hj Shafiei turut bersama - sama Ketua Kampung Bukit Naga Tuan Hj Buang menunaikan solat jenazah pada hari tersebut.










Tuesday, January 19, 2010

JALAN RAYA YANG ROSAK DISEBABKAN KERJA - KERJA MENURAP TAPAK PROJEK PERUMAHAN DI KESALI.







SRI MUDA - Sikap tidak memikirkan keselesaan dan kurangnya rasa perihatin kepada penduduk serta orang ramai oleh sebuah syarikat pemaju perumahan telah mengakibatkan kemudahan jalan raya di Lorong Abdullah Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Akam rosak teruk.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah membuat tinjauan ke lokasi tersebut kerana aduan yang di terima oleh penduduk setempat perlu diambil tindakan segera kerana jalan tersebut menjadi laluan utama penduduk setempat serta pelajar - pelajar sekolah.
Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terkilan kerana ketika tinjauan dilakukan pihak pemaju tiada menempatkan petugas untuk mengawasi lori mengangkut tanah keluar dan masuk ke tapak projek tersebut.Ujar Shuhaimi Hj Shafiei dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak di ingini kerana pelajar - pelajar sekolah yang mengunakan laluan tersebut tidak memikir bahaya yang akan berlaku ketika melalui kawasan tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar pihak yang berwajib antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang agar dapat membuat pemantauan dengan lebih kerap serta mengarahkan pihak pemaju dapat memperbaiki jalan yang rosak dan menugaskan seorang petugas untuk menjaga lalu lintas sepanjang kerja - kerja penurap sedang dijalankan ketika ini.Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan yang beliau tidak berniat untuk mencari kesalahan kepada mana - mana pihak namun akan tetapi semua ini dedahkan adalah demi untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan semua pihak.








LAMPU ISYARAT YANG DINANTIKAN AKHIRNYA TELAH BEROPERASI

SRI MUDA - Kekerapan berlakunya kemalanggan jalan raya serta jumlah kenderaan yang sentiasa bertambah setiap hari di persimpangan yang menghubungkan Kampung Jalan Kebun seksyen 30 dengan Berjaya Park seksyen 32 telah mencetuskan kebimbangan dikalangan orang ramai.Aduan dan kebimbangan yang disampaikan oleh rakyat sekitar penempatan tersebut tidak dipandang sepi oleh ADUN kawasan tersebut yang mana telah mengambil langkah segera dengan membuat permohonan terus JKR daerah agar persimpangan tersebut dapat dipasang dengan lampu isyarat.

Shuhaimi Hj Shafiei telah berusaha dengan bersungguh - sungguh dengan cara meyakinkan pihak JKR daerah bahawa permintaan untuk dipasang lampu isyarat di persimpangan tersebut adas kewajarannya kerana beliau sendiri telah beberapa kali turun sendiri melihat bagaimana sibuknya lalu lintas di persimpangan tersebut.Akhirnya diatas usaha yang berterusan serta sokongan dan doa dari rakyat persimpangan tersebut kini sudah dipasang dengan lampu isyarat yang baru dan telah pun mula beroperasi di awal januari tahun ini.Shuhaimi Hj Shuhaimi merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kepantasan dan keperitanan pihak pengurusan JKR daerah meluluskan permohonan tersebut dan beliau berharap agar satu kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan demi kebaikkan bersama.





















Wednesday, January 13, 2010

PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI MUSIM PERALIHAN ANGIN MONSUN BARAT DAYA

SRI MUDA - Musim peralihan angin monsun barat daya yang dijangkakan akan melanda kawasan pantai barat semenanjung Malaysia sekitar bulan Februari dan Mac pada tahun ini sudah pasti menerbitkan rasa kebimbangan di kalanggan penduduk dan orang ramai yang menduduki kawasan rendah dan yang sering dilanda masalah banjir. Shuhaimi Hj Shafiei turut sama merasai akan kebimbanggan tersebut kerana disekitar kawasan DUN Sri Muda sering kali dilanda masalah banjir apabila hujan turun dengan lebatnya dalam jangka masa satu jam seperti yang berlaku sebelum ini.Shuhaimi Hj Shafiei berkesempatan meninjau sistem peparitan serta pengaliran yang terdapat di sekitar kawasan DUN Sri Muda untuk melihat dengan lebih dekat kerana di khuatiri sekiranya musim hujan yang dijangkakan akan melanda sekitar bulan Februari dan mac nanti akan terjadi masalah banjir seperti sebelum ini.

Ketika tinjauan tersebut kebimbangan Shuhaimi Hj Shafiei berasas kerana parit dan anak sungai yang terdapat di sekitar kawasan yang sering dilanda banjir telah di penuhi dengan rumput rampai yang hidup subur tanpa di ambil tindakan awal oleh pihak yang bertanggungjawap iaitu Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS).Seharusnya langkah awal perlu di ambil kerana beliau tidak mahu lagi budaya seperti yang sebelum ini dimana tindakan akan di ambil apabila selepas kejadian banjir berlaku.Rakyat sudah jelak dan muak dengan permasalahan yang telah sering mereka hadapi dari zaman pemerintahan kerajaan terdahulu lagi maka dengan itu Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada JPS agar bertindak dari awal serta mereka haruslah melakukan perubahan didalam perkhidmatan kepada rakyat bersesuaian dengan slogan Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat iaitu "Kerajaan Perihatin dan Berkebajikan" demi memastikan rakyat perhatian yang sewajarnya.



SHUHAIMI HJ SHAFIEI MELAHIRKAN RASA KEBIMBANGAN BELIAU DENGAN SISTEM PEPARITAN YANG TERDAPAT DI SEKITAR KAWASAN DUN SRI MUDA.







BAGAIMANA SUNGAI SEPERTI INI DAPAT MENAMPUNG JUMLAH AIR YANG BANYAK SEKIRANYA MUSIM TENGKUJUH MELANDA....RENUNG - RENUNGKAN DAN FIKIR - FIKIRKAN PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAP.


PENDUDUK SEKITAR JALAN KAMPUNG LOMBONG, JALAN KEBUN SEKSYEN 30 SHAH ALAM MENANTIKAN JALAN DIPERBAIKI LEBIH 20 TAHUN.

SRI MUDA - Setiap rakyat berhak untuk mendapatkan segala kemudahan asas yang sempurna dan selesa oleh kerana mereka juga tidak terlepas dari menunaikan tanggungjawap sebagai rakyat Malaysia yang mana wajib membayar cukai seperti ditetapkan olek pihak kerajaan.Namun tidak semestinya apa yang di impikan akan terlaksana atau tercapai kerana sikap pilih kasih dari pihak yang dipertanggungjawapkan untuk melaksana amanah tersebut tidak melaksanakan dengan sejujurnya.Begitulah apa yang dilalui dan dialami oleh hampir sebahagian penduduk yang mengunakan jalan kampung Lombong Jalan Kebun kerana telah lebih dari 20 tahun jalan tersebut tidak diselenggara dengan sempurna oleh pihak yang berwajib.

Shuhaimi Hj Shafiei telah beberapa kali melahirkan dan menyuarakan rasa terkilan dan dukacita beliau di atas kerosakkan yang teruk disepanjang laluan tersebut yang menjadi pilihan utama penduduk dikawasan tersebut.Orang ramai terpaksa berkongsi dan bertarung nyawa setiap kali mengunakan laluan tersebut kerana jalan tersebut menjadi laluan utama lori - lori pasir keluar masuk dan yang dibimbangi adalah kanak - kanak sekolah kerana jalan yang sudah lebih 20 tahun tidak di perbaiki itu berombak dan terdapat banyak lubang.Shuhaimi Hj Shafiei bimbang sekiranya permasalah ini tidak diselesaikan dalam masa yang terdekat akan mengakibatkan kemalanggan jalan raya serta boleh mengorbankan nyawa penduduk terutamanya kanak - kanak.Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mengambil langkah segera dengan memperbaiki dan menurap semula jalan tersebut kerana 20 tahun adalah satu jangkamasa yang sudah terlalu lama kerana rakyat sudah cukup merasai dan melalui derita tersebut.















Sunday, January 10, 2010

Ziarah Ketua JDM Ladang Batu 4 di Arunamari Specialist Medical Center, Klang

Ketua JDM Ladang Batu 4 Saudara Alagen telah dimasukkan ke Hospital Arunamari Klang berikutan masalah pinggang beliau yang cedera akibat terjatuh dari atap rumah beberapa bulan lepas, Beliau yang ditemani isteri dimasukkan ke wad pada Jumaat malam lalu kerana menghadapi masalah kesakitan teruk di pinggang.

Kakitangan Pejabat Adun Sri Muda, Mohd Azmin berkata, keadaannya stabil. Pagi tadi beliau dilawati Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan beberapa kakitangan Pejabat Adun Sri Muda.

Alagen yang cukup disenagi semua merupakan orang lama dalam PKR yang kuat bekerja tanpa mengenal erti kalah.

Walaupun menghadapi sakit pinggang yang kuat beliau masih mampu tersenyum dan ketawa.

Kepada semua rakan-rakan yang berkesempatan, silalah menziarahi beliau di

Arunamari Specialist Medical Center, Klang
Tingkat 3 bilik 306

Diharapkan Saudara Alagen akan cepat sembuh.

Saturday, January 9, 2010

Noh Omar mahu jadi MB Selangor?

Wednesday, 06 January 2010 5:33 PM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang disandang oleh Noh Omar memberi peluang besar kepad beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor, itupun jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor dari Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya akan datang.
Hal ini dapat dilihat apabila beliau lebih menonjol dalam program-program yang dianjurkan Umno berbanding dengan mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo. Tindakan ini dilihat sebagai perebutan kuasa yang berlaku dalam Umno di Selangor.
"Noh nampak cuba nak rampas kepimpinan dalam Umno dan BN selangor. Macam-macam komen yang dibuat. Kita dapat lihat ini satu cara Noh Omar untuk menonjolkan diri," jelas Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar yang diminta mengulas perkara ini.
Noh juga dikatakan tidak sebulu dengan Khir toyo kerana walaupun Khir Toyo merupakan ketua pembangkang di Selangor namun beliau seolah diketepikan oleh Noh omar. Dr Shafie juga berkata ini seolah-olah mencerminkan perbalahan yang berlaku dalam politik Umno di Selangor.
"Rakyat Selangor dapat menilai politik semasa BN kini. Politik BN dilihat semakin berpecah belah. Kita yakin rakyat akan bijak memilih dan PR yakin akan dapat menakluk bukan sahaja selangor malah banyak lagi negeri pada pilihanraya akan datang," jelas Dr Shafie lagi.
Terdahulu, Adun Sri Muda, Suhaimi Shafiei dipetik sebagai berkata, Noh Omar jangan bermimpi disiang hari untuk meneruskan rancangan merampas Selangor dari PR. Suhaimi juga sebagai berkata, Noh hanya mempergunakan jentera partinya dan wang Kerajaan Persekutuan untuk menaiikan imejnya dan mencapai hasrat mengambil alih Umno Selangor.

KUALA LUMPUR, 7 Januari : Jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang disandang Noh Omar memberi peluang besar kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi Dr Shafie Abu Bakar berkata, hal ini dapat dilihat apabila beliau lebih menonjol dalam program-program anjuran Umno berbanding program anjuran mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo.

Tindakan ini, tambah beliau, boleh ditafsirkan sebagai perebutan kuasa yang berlaku dalam Umno di Selangor.

"Noh nampaknya cuba merampas kepemimpinan dalam Umno dan BN Selangor. Macam-komen yang dibuat. Kita dapat melihat hal ini seperti suatu cara Noh Omar untuk menonjolkan diri," jelas Dr Shafie ketika diminta mengulas perkara ini.

Katanya, walaupun Khir Toyo ketua pembangkang di Selangor dan Noh berada dalam saf kepemimpinan parti yang sama, namun Noh seolah-olah diketepikan ketua pembangkang tersebut.

Tambah Dr Shafie, keadaan ini seolah-olah mencerminkan perbalahan yang berlaku dalam politik Umno di Selangor.

"Rakyat Selangor dapat menilai politik semasa BN kini. Politik BN dilihat semakin berpecah belah. Kita yakin rakyat akan bijak memilih dan PR yakin akan dapat menakluk bukan sahaja Selangor malah banyak lagi negeri pada pilihan raya akan datang," jelas beliau lagi.

Terdahulu, Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie dipetik sebagai berkata, Noh Omar jangan bermimpi di siang hari untuk meneruskan rancangan merampas Selangor dari PR.

Suhaimi turut menambah, bahawa Noh hanya mempergunakan jentera partinya dan wang kerajaan persekutuan untuk menaikkan imejnya dan mencapai hasrat mengambil alih Umno Selangor.


Sumber: Era Pakatan

Noh Omar mahu jadi MB Selangor?

Wednesday, 06 January 2010 5:33 PM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang disandang oleh Noh Omar memberi peluang besar kepad beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor, itupun jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor dari Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya akan datang.
Hal ini dapat dilihat apabila beliau lebih menonjol dalam program-program yang dianjurkan Umno berbanding dengan mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo. Tindakan ini dilihat sebagai perebutan kuasa yang berlaku dalam Umno di Selangor.
"Noh nampak cuba nak rampas kepimpinan dalam Umno dan BN selangor. Macam-macam komen yang dibuat. Kita dapat lihat ini satu cara Noh Omar untuk menonjolkan diri," jelas Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar yang diminta mengulas perkara ini.
Noh juga dikatakan tidak sebulu dengan Khir toyo kerana walaupun Khir Toyo merupakan ketua pembangkang di Selangor namun beliau seolah diketepikan oleh Noh omar. Dr Shafie juga berkata ini seolah-olah mencerminkan perbalahan yang berlaku dalam politik Umno di Selangor.
"Rakyat Selangor dapat menilai politik semasa BN kini. Politik BN dilihat semakin berpecah belah. Kita yakin rakyat akan bijak memilih dan PR yakin akan dapat menakluk bukan sahaja selangor malah banyak lagi negeri pada pilihanraya akan datang," jelas Dr Shafie lagi.
Terdahulu, Adun Sri Muda, Suhaimi Shafiei dipetik sebagai berkata, Noh Omar jangan bermimpi disiang hari untuk meneruskan rancangan merampas Selangor dari PR. Suhaimi juga sebagai berkata, Noh hanya mempergunakan jentera partinya dan wang Kerajaan Persekutuan untuk menaiikan imejnya dan mencapai hasrat mengambil alih Umno Selangor.

KUALA LUMPUR, 7 Januari : Jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang disandang Noh Omar memberi peluang besar kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi Dr Shafie Abu Bakar berkata, hal ini dapat dilihat apabila beliau lebih menonjol dalam program-program anjuran Umno berbanding program anjuran mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo.

Tindakan ini, tambah beliau, boleh ditafsirkan sebagai perebutan kuasa yang berlaku dalam Umno di Selangor.

"Noh nampaknya cuba merampas kepemimpinan dalam Umno dan BN Selangor. Macam-komen yang dibuat. Kita dapat melihat hal ini seperti suatu cara Noh Omar untuk menonjolkan diri," jelas Dr Shafie ketika diminta mengulas perkara ini.

Katanya, walaupun Khir Toyo ketua pembangkang di Selangor dan Noh berada dalam saf kepemimpinan parti yang sama, namun Noh seolah-olah diketepikan ketua pembangkang tersebut.

Tambah Dr Shafie, keadaan ini seolah-olah mencerminkan perbalahan yang berlaku dalam politik Umno di Selangor.

"Rakyat Selangor dapat menilai politik semasa BN kini. Politik BN dilihat semakin berpecah belah. Kita yakin rakyat akan bijak memilih dan PR yakin akan dapat menakluk bukan sahaja Selangor malah banyak lagi negeri pada pilihan raya akan datang," jelas beliau lagi.

Terdahulu, Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie dipetik sebagai berkata, Noh Omar jangan bermimpi di siang hari untuk meneruskan rancangan merampas Selangor dari PR.

Suhaimi turut menambah, bahawa Noh hanya mempergunakan jentera partinya dan wang kerajaan persekutuan untuk menaikkan imejnya dan mencapai hasrat mengambil alih Umno Selangor.

Thursday, January 7, 2010

MESYUARAT BERSAMA ADUN , AHLI PARLIMEN , MBSA DAN AHLI MAJLIS

SRI MUDA - Untuk melicinkan dan memastikan segala bentuk tindakan serta kerja yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan Dun Sri Muda mencapai mutu perkhidmatan serta kepuasan yang dikehendaki oleh rakyat setempat.Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei akan sentiasa menganjurkan pertemuan serta perbincangan yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan,Ahli Majlis dan Ahli Parlimen Kawasan Kota Raja seperti yang telah dijayakan baru - baru ini di Bilik Mesyuarat Pejabatan Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda.
Pertemuan dan perbincangan seperti itu dapat memberikan banyak faedah kepada semua pihak yang terlibat kerana sebarang apa juga permasalah yang berlaku sekiranya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya dibimbangi akan membuatkan orang ramai beranggapan pihak yang dipertanggunjawapkan tidak menjalankan amanah dengan sebaiknya.Shuhaim i Hj Shafiei mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak PBT yang sentiasa memberikan kerjasama yang agak baik disepanjang perkhidmatan beliau sebagai Adun di kawasan Sri Muda selepas memenangi pilihanraya ke 12 pada tahun 2008 yang lalu.










PROGRAM JELAJAH "JOM KERJA" SINGGAH DI DUN KAWASAN SRI MUDA

SRI MUDA - Orang ramai di sekitar Dun Kawasan Sri Muda di jemput untuk bersama - sama turut serta dalam program Jom Kerja anjuran kerajaan Negeri Selangor yang akan berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah/Tanah Klang pada 09/01/2010 sehingga 10/01/2010.Bersempena dengan program tersebut satu konvoi juga turut dijayakan bertujuan untuk mempromosi dan mewar - war program tersebut kepada semua golonggan rakyat di sekitar Daerah Klang.

Kerjaaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) sentiasa berusaha demi membantu rakyat yang tidak mempunyai perkerjaan dengan menganjurkan program tersebut yang ada menawarkan tidak kurang 20,000 peluang perkerjaan.Konvoi program "JOM KERJA" akan melalui dan berhenti di dua lokasi yang yang telah ditetapkan di sekitar Dun Sri Muda antara lokasi yang telah ditetap adalah seperti berikut, Restoran Sangkan Tom Yam kampung Jalan Kedun pada Hari Sabtu 09/01/2010 jam 2.30 petang dan lokasi yang ke dua di Restoran Kak Minah Kampung Bukit Naga sekitar jam 3.00 petang.
Orang Ramai yang mana ingin mendapatkam maklumat yang terperinci berkenaan dengan program "JOM KERJA" dan menetap di sekitar lokasi persinggahan konvoi tersebut dijemput hadir kerana selain melihat sendiri peluang perkerjaan yang ditawarkan ia juga sebagai satu tanda sokongan kepada usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor Darul Ehsan.

MENERIMA CENDERAHATI DAN UCAPAN TAHNIAH DARI ADUN SRI MUDA SHUHAIMI HJ SHAFIEI

SRI MUDA - Niat dan tujuan asal adik Muhamad azfar mohd Azhar berkunjung ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Kawasan Sri Muda adalah untuk mendapatkan surat sokongan daripada YB Shuhaimi Hj Shafiei agar beliau boleh membuat semakkan semula pada keputusan peperiksaan PMR beliau.Setelah melihat keputusan peperiksaan PMR adik Muhamad Azfar yang cukup baik Shuhaimi Hj Shafiei telah mengambil keputusan untuk memberikan sedikit cenderahati dan ucapan tahniah secara peribadi kepada adik Muhamad Azfar untuk memberikan sokongan serta dorongan agar meneruskan usaha dimasa yang akan datang.

Shuhaimi Hj Shafiei berkesempatan menghulurkan sumbangan berbentuk sebuah beg sekolah berserta sedikit wang tunai kepada adik Muhamad Azfar ketika kunjungan adik Muhamad Azfar ke Pejabat Pusat Khidmat rakyat baru - baru ini.Nama Adik Muhamad Azfar juga telah di senaraikan untuk menerima anugerah pelajar - pelajar cemerlang bagi peperiksaan UPSR , PMR dan SPM peringkatan Dun kawasan Sri Muda selepas calon - calon peperiksaan SPM menerima keputusan peperiksaan itu nanti.

PAKATAN RAKYAT ( PR ) PERIHATIN DAN BERKEBAJIKAN

SRI MUDA - Usaha untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan di Negeri Selangor khususnya di sekitar kawasan Dun Sri Muda terus dipergiatkan demi memastikan mereka yang memerlukan bantuan akan menerima faedah dari dasar Merakyatkan Ekonomo Negeri Selangor (MES).Shuhaimi Hj Shafiei selaku Ahli Dewan Negeri bagi kawasan Dun Sri Muda akan sentiasa mengambil berat setiap aduan yang diterima dan satu tindakan segera akan diambil demi memastikan kebajikan rakyat akan sentiasa terpelihara dan terjamin.

Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa untuk berkunjung ke kediaman dua buah keluarga yang kurang berkemampuan yang terletak di projek perumahan rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom.Selain bertanyakan khabar serta permasalah yang dihadapi oleh keluarga tersebut Shuhaimi Hj Shafiei juga telah menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan dapur serta sedikit wang tunai untuk meringgankan bebanan yang sedang dihadapi oleh keluarga tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan bantuan yang dihulurkan pada hari tersebut adalah berbentuk sumbangan jangka pendek kerana memandangkan musim persekolah yang baru bermula sudah pasti memerlukannya bantuan tersebut untuk membeli kelengkapan persekolahan untuk anak - anak mereka.Shuhaimi Hj Shafiei juga akan membantu keluarga tersebut untuk mendapatkan bantuan jangka panjang daripada pihak - pihak yang berkenaan dengan memanjangkan permohonan dari keluarga tersebut.