Saturday, January 9, 2010

Noh Omar mahu jadi MB Selangor?

Wednesday, 06 January 2010 5:33 PM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang disandang oleh Noh Omar memberi peluang besar kepad beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor, itupun jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor dari Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya akan datang.
Hal ini dapat dilihat apabila beliau lebih menonjol dalam program-program yang dianjurkan Umno berbanding dengan mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo. Tindakan ini dilihat sebagai perebutan kuasa yang berlaku dalam Umno di Selangor.
"Noh nampak cuba nak rampas kepimpinan dalam Umno dan BN selangor. Macam-macam komen yang dibuat. Kita dapat lihat ini satu cara Noh Omar untuk menonjolkan diri," jelas Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar yang diminta mengulas perkara ini.
Noh juga dikatakan tidak sebulu dengan Khir toyo kerana walaupun Khir Toyo merupakan ketua pembangkang di Selangor namun beliau seolah diketepikan oleh Noh omar. Dr Shafie juga berkata ini seolah-olah mencerminkan perbalahan yang berlaku dalam politik Umno di Selangor.
"Rakyat Selangor dapat menilai politik semasa BN kini. Politik BN dilihat semakin berpecah belah. Kita yakin rakyat akan bijak memilih dan PR yakin akan dapat menakluk bukan sahaja selangor malah banyak lagi negeri pada pilihanraya akan datang," jelas Dr Shafie lagi.
Terdahulu, Adun Sri Muda, Suhaimi Shafiei dipetik sebagai berkata, Noh Omar jangan bermimpi disiang hari untuk meneruskan rancangan merampas Selangor dari PR. Suhaimi juga sebagai berkata, Noh hanya mempergunakan jentera partinya dan wang Kerajaan Persekutuan untuk menaiikan imejnya dan mencapai hasrat mengambil alih Umno Selangor.

KUALA LUMPUR, 7 Januari : Jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang disandang Noh Omar memberi peluang besar kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi Dr Shafie Abu Bakar berkata, hal ini dapat dilihat apabila beliau lebih menonjol dalam program-program anjuran Umno berbanding program anjuran mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo.

Tindakan ini, tambah beliau, boleh ditafsirkan sebagai perebutan kuasa yang berlaku dalam Umno di Selangor.

"Noh nampaknya cuba merampas kepemimpinan dalam Umno dan BN Selangor. Macam-komen yang dibuat. Kita dapat melihat hal ini seperti suatu cara Noh Omar untuk menonjolkan diri," jelas Dr Shafie ketika diminta mengulas perkara ini.

Katanya, walaupun Khir Toyo ketua pembangkang di Selangor dan Noh berada dalam saf kepemimpinan parti yang sama, namun Noh seolah-olah diketepikan ketua pembangkang tersebut.

Tambah Dr Shafie, keadaan ini seolah-olah mencerminkan perbalahan yang berlaku dalam politik Umno di Selangor.

"Rakyat Selangor dapat menilai politik semasa BN kini. Politik BN dilihat semakin berpecah belah. Kita yakin rakyat akan bijak memilih dan PR yakin akan dapat menakluk bukan sahaja Selangor malah banyak lagi negeri pada pilihan raya akan datang," jelas beliau lagi.

Terdahulu, Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie dipetik sebagai berkata, Noh Omar jangan bermimpi di siang hari untuk meneruskan rancangan merampas Selangor dari PR.

Suhaimi turut menambah, bahawa Noh hanya mempergunakan jentera partinya dan wang kerajaan persekutuan untuk menaikkan imejnya dan mencapai hasrat mengambil alih Umno Selangor.

No comments: