SRI MUDA - Sifat serta sikap mencintai kebersihan seharusnya dipupuk dan disemai seawal usia kanak - kanak lagi kerana ketika itu jiwa mereka masa lagi bersih dan terpeliharan dari segala bentuk anasir sama ada yang baik atau yang tidak baik umpama pepatah melayu yang berbunyi melentur buluh biar dari rebungnya. Mengambil kesempatan tersebut Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda telah menganjurkan kempen Cintailah kebersihan sekolah kita yang bertujuan untuk memberikan kesedaran serta pembelajaran kepada pelajar - pelajar sekolah agar dapat lebih memahami betapa pentingnya mengutamakan kebersihan.
Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa untuk turut serta bersama - sama ibu bapa,guru dan para pelajar pada hari tersebut baru - baru ini untuk mennyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada usaha yang telah di jalankan ini demi kebaikan bersama.Shuhaimi Hj Shafiei menasihati kepada semua yang hadir agar segala apa yang di lakukan sepanjang hari berlangsungnya program kebersihan ini tidak hanya akan bermula dan berakhir pada hari yang sama kerana usaha ini haruslah terus di kekalkan sehingga bila - bila agar kebersihan akan terus terpelihara.
No comments:
Post a Comment