Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terkilan kerana ketika tinjauan dilakukan pihak pemaju tiada menempatkan petugas untuk mengawasi lori mengangkut tanah keluar dan masuk ke tapak projek tersebut.Ujar Shuhaimi Hj Shafiei dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak di ingini kerana pelajar - pelajar sekolah yang mengunakan laluan tersebut tidak memikir bahaya yang akan berlaku ketika melalui kawasan tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar pihak yang berwajib antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang agar dapat membuat pemantauan dengan lebih kerap serta mengarahkan pihak pemaju dapat memperbaiki jalan yang rosak dan menugaskan seorang petugas untuk menjaga lalu lintas sepanjang kerja - kerja penurap sedang dijalankan ketika ini.Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan yang beliau tidak berniat untuk mencari kesalahan kepada mana - mana pihak namun akan tetapi semua ini dedahkan adalah demi untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan semua pihak.
No comments:
Post a Comment