SRI MUDA - Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat ( PR ) meneruskan usaha murni yang telah di mulakan semenjak mendapat mandat rakyat untuk memerintahkan Negeri Selangor pada tahun 2008 dengan membuat pembayaran kepada waris warga emas yang berdaftar di bawah skim takaful mesra usia emas.Baru - baru ini satu majlis ringkas telah di anjurkan bertempat di Dewan Orang Ramai Sri Sentosa untuk waris warga usia emas yang telah meninggal dunia dan berdaftar di dalam skim tersebut untuk memerima baki bayaran fasa yang ke 2.
Majlis tersebut telah di Rasmikan oleh YB Shuhaimi Hj Shafie yang seterusnya berkesudian menyampaikan baki bayaran tersebut kepada semua waris yang hadir pada hari tersebut.Turut hadir adalah Ybhg Puan Shiela Jayakumar isteri kepada Exco Kerajaan Negeri YB Dr Xavier Jayakumar.Dalam ucapan perasmian Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada orang ramai yang mana ahli keluarga atau saudara mereka yang telah berusia 60 tahun dan keatas sekiranya masih belum berdaftar agar dapat mendaftar dengan kadar yang segera demi mengelak kesulitan di kemudian hari kelan.
No comments:
Post a Comment