Loading...

Wednesday, January 27, 2010

ZIARAH DAN MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN DI TERUSKAN

SRI MUDA - Membantu dan menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada rakyat yang kurang berkemampuan tanpa mengira fahaman politik serta bangsa adalah salah satu teras penting yang di perjuangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat ( PR ).Agenda membela rakyat tanpa mengira waktu demi memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang di wakilinya mendorong Shuhaimi Hj Shafiei untuk sentiasa meluangkan masa untuk menziarahi keluarga yang kurang berkemampuan seterusnya menghulurkan bantuan.

Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa beliau yang sentiasa padat dengan berkunjung ke kediaman beberapa orang penduduk di sekitar Kampung Johan Setia untuk menziarahi penduduk yang sedang uzur serta menyampaikan sumbang agar sedikit sebanyak dapat meringgankan bebanan yang dihadapi.Kerajaan Negeri sedang merangka beberapa pendekatan baru untuk memberikan beberapa insentif kepada rakyat agar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat di rasai oleh segolonggan rakyat Negeri Selangor.










No comments: