SRI MUDA - Berusaha untuk merubah kehiduapan yang boleh menjamin kehidupan dimasa yang mendatang telah mendorong seorang anak muda yang berasal dari kampung Jalan Kebun Klang mengusahakan ternakan ikan keli secara sangkar.Namun usaha beliau berdepan dengan permasalahan apabila ternakan ikan keli yang di usahakan oleh Saudara Azhar bin Ahmad sebenarnya terletak di dalam parit yang mana dibawah seliaan Jabatan Peparitan Dan Saliran Daerah Klang.Sebagai tanda sokongan dan keperihatinan sebagai ADUN kawasan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa dengan meninjau dan melawat lokasi parit yang telah di jadikan ternakan ikan keli tersebut.Shuahimi Hj Shafiei secara peribadi memuji usaha yang telah dilakukan oleh saudara Azhar itu kerana sebelum ternakan tersebut di usahakan parit tersebut telah dipenuhi dengan tumbuhan namun akan tetapi kini parit tersebut begitu bersih sekali.
Shuhaimi Hj Shafiei memberikan masa yang secukupnya kepada saudara Azhar agar dapat mencari satu jalan yang terbaik agar beliau dapat meneruskan usaha menternak ikan keli secara sangkar.Shuhaimi Hj Shafiei berkata beliau akan bertemu dan berbincang dengan pihak JPS agar memberikan ruangan dan peluang kepada Saudara Azhar meneruskan penternakan ikan keli tersebut dan dalam waktu yang sama meminta agar saudara Azhar dapat mencari lokasi yang lebih sesuai bagi membina kolam ternakan ikan keli tersebut.
No comments:
Post a Comment