Tuesday, January 5, 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU 2010 SERTA PELANCARAN PELEKAT KESELAMATAN KERETA TAMAN SETIA,JOHAN SETIA.

SRI MUDA - Demi mengeratkanlagi ikatan silaturohim di antara penduduk setempat persatuan Penduduk Taman Setia, Johan Setia Klang dengan kerjasama KRT (Kesatuan Rukun Tetangga) telah menganjurkan majlis sambutan tahun baru 2010 yang berlainan dari kebiasaannya.Sambutan tahun baru pada malam tersebut turut di lancarkan pelekat keselamatan kereta kepada penduduk di taman tersebut yang mana telah dilancarkan dengan rasminya oleh Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei.Pelekat keselamatan kereta tersebut di wujudkan bertujuan untuk membezakan kenderaan yang keluar masuk ke taman tersebut milik penduduk taman tersebut atau milik orang luar kerana dengan cara demikian penduduk dapat melakukan sesuatu sekiranya ada kenderaan yang mencurigakan memasuki taman tanpa pelekat keselamatan pada kereta tersebut.

Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa bangga beliau kepada penduduk kerana telah berkerjasama untuk menjayakan majlis tersebut kerana kehadiran pada malam tersebut melibatkan hampir keseluruhan penduduk tanpa mengira kaum,agama serta fahaman politik demi memeliharan dan mengeratkan lagi perpaduan antara penduduk setempat.Pada majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Klang serta beberapa orang Ahli Majlis dari MPK dan MBSA.Tepat detik jam 12.00 malan Shuahimi Hj Shafiei telah melancar dan merasmikan pelekat keselamatan kereta Taman Setia dengan di ikuti percikkan bunga api yang telah di sediakan oleh penganjur pada malam tersebut.


SAYA BERJANJI AKAN MENERUSKAN USAHA UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK KEPADA RAKYAT DEMI KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA TANPA MENGIRA KAUM , AGAMA DAN FAHAMAN.


SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERSAMA PEGAWAI PERPADUAN DAERAH KLANG SERIUS MEMBINCANGKAN SESUATU UNTUK KEBAIKKAN RAKYAT.

SHUHAIMI HJ SHAFIEI DITEMANI OLEH AHLI MAJLIS JKP ZON 50 SDR.AZMIZAM DAMAHURI KETIKA MELEKATKAN PELEKAT KESELAMATAN DI KERETA PENDUDUK.

DI HARAP PENDUDUK TIDAK MENANGGALKAN PELEKAT YANG DILEKATKAN DEMI MEMUDAHKAN PETUGAS MEMBEZAKAN SETIAP KERETA YANG KELUAR MASUK SELEPAS INI.


SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERGAMBAR BERAMAI - RAMAI DENGAN AHLI KRT , SRS DAN PENDUDUK SETEMPAT.





No comments: