Wednesday, January 13, 2010

PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI MUSIM PERALIHAN ANGIN MONSUN BARAT DAYA

SRI MUDA - Musim peralihan angin monsun barat daya yang dijangkakan akan melanda kawasan pantai barat semenanjung Malaysia sekitar bulan Februari dan Mac pada tahun ini sudah pasti menerbitkan rasa kebimbangan di kalanggan penduduk dan orang ramai yang menduduki kawasan rendah dan yang sering dilanda masalah banjir. Shuhaimi Hj Shafiei turut sama merasai akan kebimbanggan tersebut kerana disekitar kawasan DUN Sri Muda sering kali dilanda masalah banjir apabila hujan turun dengan lebatnya dalam jangka masa satu jam seperti yang berlaku sebelum ini.Shuhaimi Hj Shafiei berkesempatan meninjau sistem peparitan serta pengaliran yang terdapat di sekitar kawasan DUN Sri Muda untuk melihat dengan lebih dekat kerana di khuatiri sekiranya musim hujan yang dijangkakan akan melanda sekitar bulan Februari dan mac nanti akan terjadi masalah banjir seperti sebelum ini.

Ketika tinjauan tersebut kebimbangan Shuhaimi Hj Shafiei berasas kerana parit dan anak sungai yang terdapat di sekitar kawasan yang sering dilanda banjir telah di penuhi dengan rumput rampai yang hidup subur tanpa di ambil tindakan awal oleh pihak yang bertanggungjawap iaitu Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS).Seharusnya langkah awal perlu di ambil kerana beliau tidak mahu lagi budaya seperti yang sebelum ini dimana tindakan akan di ambil apabila selepas kejadian banjir berlaku.Rakyat sudah jelak dan muak dengan permasalahan yang telah sering mereka hadapi dari zaman pemerintahan kerajaan terdahulu lagi maka dengan itu Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada JPS agar bertindak dari awal serta mereka haruslah melakukan perubahan didalam perkhidmatan kepada rakyat bersesuaian dengan slogan Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat iaitu "Kerajaan Perihatin dan Berkebajikan" demi memastikan rakyat perhatian yang sewajarnya.



SHUHAIMI HJ SHAFIEI MELAHIRKAN RASA KEBIMBANGAN BELIAU DENGAN SISTEM PEPARITAN YANG TERDAPAT DI SEKITAR KAWASAN DUN SRI MUDA.







BAGAIMANA SUNGAI SEPERTI INI DAPAT MENAMPUNG JUMLAH AIR YANG BANYAK SEKIRANYA MUSIM TENGKUJUH MELANDA....RENUNG - RENUNGKAN DAN FIKIR - FIKIRKAN PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAP.


No comments: