Monday, January 25, 2010

PENJAGAAN BADAN DAN KESIHATAN ADALAH PENTING UNTUK SEMUA PERINGKAT USIA

SRI MUDA - Setiap insan sama ada lelaki atau wanita sudah pasti ingin sentiasa kelihatan cantik dan menarik serta kesihatan yang sentiasa baik.Maka tidak menjadi satu kejanggalan sekiranya ada kelihatan kaum lelaki yang mengunjungi pusat - pusat penjagaan kecantikan dan kesihatan khusus untuk kaum tersebut demi memastikan penjagaan kesihatan serta keterampilan sentiasa terjaga.Mengambil kira permintaan yang menggalakan dari orang ramai yang ingin mendapat mendapatakan perkhidmatan untuk penjagaan kesihatan dan penjagaan bentuk badan telah mengerakkan seorang usahawan muda untuk menjalankan perniagaan spa yang diberi nama SPA QASEH terletak di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam.
Baru - Baru ini Spa Qaseh telah menganjurkan satu pertandingan cabaran bentuk badan idaman anda yang di khususkan untuk pelanggan - pelanggan mereka dan sekiranya berjaya memdapatkan bentuk badan yang menarik setelah mendapatkan rawatan di pusat spa tersebut akan memperolehi hadiah.YB Shuhaimi Hj Shafiei telah diberikan penghormatan untuk bersama - sama para perserta dan kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang yang telah turut serta didalam pertandingan cabaran bentuk badan idaman anda.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa bangga beliau kepada pihak pengurusan spa qaseh kerana berani untuk menjalankan satu perniagaan penjagaan kesihatan dan menjadikan Jalan Kebun sebagai lokasi Pusat spa tersebut dan beliau juga menyeru kepada orang ramai untuk tidak tidak melepaskan peluang untuk brtkunjung ke pusat spa tersebut kerana banyak faedah yang diperolehi selepas mendapatkan rawatan.















No comments: