Loading...

Friday, January 29, 2010

Majlis Perkahwinan Dan Memasak Juadah

SRI MUDA - Di mana bumu di pijak di situ langat di junjung begitulah falsafah yang menjadi peganggan YB Shuhaimi Hj Shafiei dari mula penglibatan beliau didalam bidang politik sehinggalah bergelar Wakil Rakyat. Beliau hadir daripada anak desa dan sudah terbiasa menjalani kehidupan yang bersederhana dan saling hormat menghormati serta bantu membantu antara satu sama lain.Baru - baru ini penduduk sekitar Kampung Bukit naga yang hadir ke sebuah majlis perkahwinan terkejut serta terharu apabila terlihat Shuhaimi Hj Shafie sedang membantu memasak juadah untuk di hidangkan kepada tetamu.Tuan rumah serta hampir kesuma tetamu menyatakan inilah pertama kalinya mereka melihat dan menyaksikan didepan mata mereka seorang yang bergelar Yang Berhormat sudi untuk turut bersama - sama memasak (Rewang)

Shuhaimi Hj Shafiei sebenarnya sering kali berkeinginan untuk bersama - sama bergotong royong (REWANG) memasak di majlis perkahwinan namun akan tetapi keinginan tersebut terpaksa dipendamkan memandangkan tiada yang mengundang beliau selain faktor masa dan jadual yang agak padat.



No comments: