Monday, January 25, 2010

GOTONG ROYONG BERSAMA - SAMA AHLI KELAB KECACATAN FIZIKAL KLANG

SRI MUDA - Niat untuk membantu golongan yang kurang bernasib bukan hanya sekadar dengan menghulurnya dengan bentuk wang ringgit semata - mata namun ada pelbagai cara.Atas semangat ingin membantu telah mengerakkan niat murni ADUN Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei dan Wanita DUN Sri Muda menganjurkan gotong royong membersih dan mengindahkan Pejabat dan Pusat Kelab Kecacatan Fizikal Klang baru - baru ini.Sejak dari awal pagi telah ramai ahli dari KKFK berkumpul untuk bersama - sama wanita DUN Sri Muda Dan Shuhaimi Hj Shafiei untuk menganding bahu bagi menjayakan gotong royong tersebut dan kepuasan jelas terbayang disetiap wajah - wajah yang hadir pada hari tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terharu di atas kejayaan yang dicapai di hari majlis tersebut berlangsung kerana kehadiran yang amat mengalakkan serta kesungguhan ahli - ahli Kelab Kecacatan Fizikal Klang dalam melaksanakan tugasan biarpun mereka memiliki kekurangan namun kan tetapi kesungguhan mereka untuk turut serta adalah sesuatu yang perlu dijadikan contoh dan tauladan kepada semua golongan masyarakat.Shuhaimi Hj Shafiei juga menyeru kepada orang ramai serta mereka - mereka yang berkemampuan agar tampil dengan menghulurkan bantuan untuk meringankan dan melicinkan persatuan dalam usaha untuk menganjurkan aktiviti kepada ahli persatuan.
















No comments: