Loading...

Wednesday, January 27, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA "KLANG BANDAR INDAH"

SRI MUDA - Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat ( PR ) komited untuk menjadikan seluruh Negeri Selangor sebagai negeri yang bersih indah serta permai agar kesemua rakyat dapat menjalani kehidupan harian dengan penuh keselesaan.Usaha ini tidak hanya akan tertumpu kepada kawasan atau bandar pilihan semata - mata namun akan tetapi ia akan di jalankan secara menyeluruh untuk kebaikkan serta dapat di nikmati oleh seluruh rakyat di negeri Selangor.
Baru - baru ini satu program gotong royong perdana telah di jalan di Bandar Di Raja Klang yang mana telah di rasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor yang turut di sertai oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri dan ADUN serta Badan bukan kerajaan.Seawal Jam 7.00 pagi YB Shuhaimi Hj Shafiei telah tiba di lokasi untuk bersama - sama menjayakan program tersebut demi memastikan agar hasrat dan keinginan kerajaan Negeri serta rakyat untuk menjadi Klang sebuah bandar yang bersih bertepatan dengan statusnya sebagai Bandar Di Raja menjadi kenyataan.Sambutan yang di terima oleh orang ramai pada hari tersebut begitu mengalakakan.






No comments: