SRI MUDA - Ke arah memantapkan dan melancarkan lagi perjalanan parti untuk menghadapi suasana serta iklim politik yang semakin mencabar dekat ini di Malaysia khususnya Negeri Selangor, Parti keADILan Rakyat (PKR) di bawah Majlis pimpinan Negeri (MPN) telah melakukan kunjungan hormat ke Cabang Kota Raja baru - baru ini.Lawatan yang telah di ketuai oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Ybhg Tuan Syed Shahir Syed Mahmood serta beberapa orang AJK MPN PKR Negeri Selangor baru - baru ini adalah satu kesempatan yang dapat memberikan ruangan serta kesempatan kepada semua yang hadir untuk memyampaikan pandangan serta pendapat bagi memantapkan lagi parti di masa yang akan datang.
Cabang Kota Raja telah di ketuai oleh Timbalan Ketua Cabang YB Shuhaimi Hj Shafei pada majlis kunjungan hormat tersebut berlangsung bagi mewakili YB Dr Xavier Jayakumar yang tidak bersama -sama pada malam tersebut kerana terikat dengan tugasan berkaitan Kerajaan Negeri.Shuhaimi Hj Shafiei di dalam kenyataan menyatakan bahawa pertemuan seperti ini haruslah dapat di perbanyakkan lagi kerana selain ajk Cabang dapat mengenali barisan kepimpinan parti peringkat negeri ia juga akan memberikan peluang kepada semua untuk menyalurkan pandangan serta pendapat demi memantapkan parti untuk kebaikkan bersama.
No comments:
Post a Comment