Thursday, January 7, 2010

MENERIMA CENDERAHATI DAN UCAPAN TAHNIAH DARI ADUN SRI MUDA SHUHAIMI HJ SHAFIEI

SRI MUDA - Niat dan tujuan asal adik Muhamad azfar mohd Azhar berkunjung ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Kawasan Sri Muda adalah untuk mendapatkan surat sokongan daripada YB Shuhaimi Hj Shafiei agar beliau boleh membuat semakkan semula pada keputusan peperiksaan PMR beliau.Setelah melihat keputusan peperiksaan PMR adik Muhamad Azfar yang cukup baik Shuhaimi Hj Shafiei telah mengambil keputusan untuk memberikan sedikit cenderahati dan ucapan tahniah secara peribadi kepada adik Muhamad Azfar untuk memberikan sokongan serta dorongan agar meneruskan usaha dimasa yang akan datang.

Shuhaimi Hj Shafiei berkesempatan menghulurkan sumbangan berbentuk sebuah beg sekolah berserta sedikit wang tunai kepada adik Muhamad Azfar ketika kunjungan adik Muhamad Azfar ke Pejabat Pusat Khidmat rakyat baru - baru ini.Nama Adik Muhamad Azfar juga telah di senaraikan untuk menerima anugerah pelajar - pelajar cemerlang bagi peperiksaan UPSR , PMR dan SPM peringkatan Dun kawasan Sri Muda selepas calon - calon peperiksaan SPM menerima keputusan peperiksaan itu nanti.

No comments: