Thursday, January 7, 2010

MESYUARAT BERSAMA ADUN , AHLI PARLIMEN , MBSA DAN AHLI MAJLIS

SRI MUDA - Untuk melicinkan dan memastikan segala bentuk tindakan serta kerja yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan Dun Sri Muda mencapai mutu perkhidmatan serta kepuasan yang dikehendaki oleh rakyat setempat.Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei akan sentiasa menganjurkan pertemuan serta perbincangan yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan,Ahli Majlis dan Ahli Parlimen Kawasan Kota Raja seperti yang telah dijayakan baru - baru ini di Bilik Mesyuarat Pejabatan Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda.
Pertemuan dan perbincangan seperti itu dapat memberikan banyak faedah kepada semua pihak yang terlibat kerana sebarang apa juga permasalah yang berlaku sekiranya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya dibimbangi akan membuatkan orang ramai beranggapan pihak yang dipertanggunjawapkan tidak menjalankan amanah dengan sebaiknya.Shuhaim i Hj Shafiei mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak PBT yang sentiasa memberikan kerjasama yang agak baik disepanjang perkhidmatan beliau sebagai Adun di kawasan Sri Muda selepas memenangi pilihanraya ke 12 pada tahun 2008 yang lalu.










No comments: