SRI MUDA - Setiap rakyat berhak untuk mendapatkan segala kemudahan asas yang sempurna dan selesa oleh kerana mereka juga tidak terlepas dari menunaikan tanggungjawap sebagai rakyat Malaysia yang mana wajib membayar cukai seperti ditetapkan olek pihak kerajaan.Namun tidak semestinya apa yang di impikan akan terlaksana atau tercapai kerana sikap pilih kasih dari pihak yang dipertanggungjawapkan untuk melaksana amanah tersebut tidak melaksanakan dengan sejujurnya.Begitulah apa yang dilalui dan dialami oleh hampir sebahagian penduduk yang mengunakan jalan kampung Lombong Jalan Kebun kerana telah lebih dari 20 tahun jalan tersebut tidak diselenggara dengan sempurna oleh pihak yang berwajib.
Shuhaimi Hj Shafiei telah beberapa kali melahirkan dan menyuarakan rasa terkilan dan dukacita beliau di atas kerosakkan yang teruk disepanjang laluan tersebut yang menjadi pilihan utama penduduk dikawasan tersebut.Orang ramai terpaksa berkongsi dan bertarung nyawa setiap kali mengunakan laluan tersebut kerana jalan tersebut menjadi laluan utama lori - lori pasir keluar masuk dan yang dibimbangi adalah kanak - kanak sekolah kerana jalan yang sudah lebih 20 tahun tidak di perbaiki itu berombak dan terdapat banyak lubang.Shuhaimi Hj Shafiei bimbang sekiranya permasalah ini tidak diselesaikan dalam masa yang terdekat akan mengakibatkan kemalanggan jalan raya serta boleh mengorbankan nyawa penduduk terutamanya kanak - kanak.Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mengambil langkah segera dengan memperbaiki dan menurap semula jalan tersebut kerana 20 tahun adalah satu jangkamasa yang sudah terlalu lama kerana rakyat sudah cukup merasai dan melalui derita tersebut.
No comments:
Post a Comment