Loading...

Sunday, January 10, 2010

Ziarah Ketua JDM Ladang Batu 4 di Arunamari Specialist Medical Center, Klang

Ketua JDM Ladang Batu 4 Saudara Alagen telah dimasukkan ke Hospital Arunamari Klang berikutan masalah pinggang beliau yang cedera akibat terjatuh dari atap rumah beberapa bulan lepas, Beliau yang ditemani isteri dimasukkan ke wad pada Jumaat malam lalu kerana menghadapi masalah kesakitan teruk di pinggang.

Kakitangan Pejabat Adun Sri Muda, Mohd Azmin berkata, keadaannya stabil. Pagi tadi beliau dilawati Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan beberapa kakitangan Pejabat Adun Sri Muda.

Alagen yang cukup disenagi semua merupakan orang lama dalam PKR yang kuat bekerja tanpa mengenal erti kalah.

Walaupun menghadapi sakit pinggang yang kuat beliau masih mampu tersenyum dan ketawa.

Kepada semua rakan-rakan yang berkesempatan, silalah menziarahi beliau di

Arunamari Specialist Medical Center, Klang
Tingkat 3 bilik 306

Diharapkan Saudara Alagen akan cepat sembuh.

No comments: