Friday, January 29, 2010

Pakatan Rakyat Bantu Orang Kurang Mampu

SRI MUDA - Usaha yang berterusan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan telah memberikan satu dimensi atau iklim baru di dalam kehidupan rakyat di negeri Selangor.Segalanya telah dibuktikan biarpun usia pemerintahan Pakatan Rakyat belum mencapai 2 tahun namun akan tetapi rakyat telan mendapat banyak faedah daripada agenda merakyatkan ekonomi selangor (MES) yang telah di perkenalan semenjak mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah negeri selangor.

Usaha murni untuk membantu rakyat bukan hanya sekadar datang dari kerajaan negeri namun akan tetapi ia juga datang dari Pekawanis yang mana ahli - ahlinya tersiri di kalanggan isteri - isteri wakil rakyat negeri Selangor.Baru - baru ini telah dilangsungkan satu majlis ringkas bertempat di pusat aktiviti Kelab Kecacatan Fizikal Klang yang terletak di Kampung Jalan Kebun untuk menyalurkan sumbang kepada ahli kelab serta ahli keluarga mereka.Majlis yang di rasmikan oleh Ybhg Puan Sri Salbiah Tunut (Isteri Dato' Menteri Besar) turut di sertai YB Shuhaimi Hj Shafiei,YB Puan Hjh Siti Mariah Mahmud,Puan Jamilah (Isteri Yb Shuhaimi Hj Shafiei) serta Ketua Kampung Jalan Kebun Tuan Hj Salehan Hj Tahir.Sumbangan berbentuk barangan keperluan persekolahan untuk meringankan sedikit bebanan yang di tanggung oleh ahli - ahli KKFK yang mempunyai anak yang berada di bangku sekolah.





No comments: