Thursday, January 28, 2010

Tindakan Pantas JPS Dipuji

SRI MUDA - Kebimbangan orang ramai menghadapi peralihan angain mosun barat daya yang tinggal dikawasan rendah dan sering di landa banjir kilat sekitar DUN Sri Muda terlerai apabila pihak yang bertanggungjawap telah menjalankan kerja - kerja pembersihan di sistem peparitan beberapa hari yang lalu.Orang ramai mampu menarik nafas lega kerana jika sebelum ini kebanyakkan parit dan anak sungai di sekitar penempatan meraka di penuhi dengan tumbuhan yang hidup subur dan menghalang kelancaran pengaliran air namun akan tetapi dapat dilihat ketika ini semuanya mengalir dengan lancar.

Shuhaimi Hj Shafiei selaku ADUN kawasan tersebut menyampaikan ucapan terima kasih dan tahniah diatas kepantasan pihak JPS melaksanakan kerja - kerja pembersihan sistem peparitan di seluruh kawasan DUN Sri Muda.Beliau khuatir sekiranya tindakan lewat di ambil dibimbangi akan menyebabkan masalah banjir oleh kerana mengikut ramalan Jabatan Kaju Cuaci perubahan ataupun peralihan angin monsun barat daya yang di jangkakan akan berlaku pada bulan februari dan mac nanti akan di sertai dengan hujan yang lebat.Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar kerjasama yang terjalin ini baik akan terus dapat di teruskan demi kebaikkan rakyat keseluruhannya kerana rakyat yang akan membuat penilaian berkenaan perkhidmatan yang diterima meraka.




No comments: