Tuesday, January 5, 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN ALAM INDAH SEKSYEN 33, SHAH ALAM MERIAH.

SRI MUDA - Malam sambutan tahun baru pada kali ini adalah malam yang paling sibuk bagi Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei kerana beliau perlu memenuhi undangan dari pihak penganjuran melibatkan lima acara sambutan yang dilangsungkan.Selepas hampir satu jam berada dan menyaksikan pertunjukkan nasyid di Sri Andalas beliau bergegas ke satu lagi majlis sambutan tahun baru dan pemyampaian hadiah kepada pelajar - pelajar UPSR dan PMR anjuran Persatuan Penduduk Taman Alam Indah.
Dengan kehadiran hampir 350 orang penduduk di semua peringkat yang menghadiri majlis tersebut ia di anggap sesuatu yang amat diluar jangkaan kerana dengan tarikan sambutan tahun baru yang berlangsung di sekitar lembah Klang penduduk tetap memilih untuk bersama - sama di majlis tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei dalam ucapannya menyatakan rasa yang amat teruja kerana dapat bersama - sama penduduk untuk beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat dengan rakyat yang beliau wakili.Shuhaimi Hj Shafiei amat mengalu - alukan kepada rakyat dan penduduk setempat agar menyalurkan apa juga maklumat terus ke pejabat beliau untuk tindakan selanjutnya demi kesejahteraan semua.SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERAMAH MESRA DENGAN PENGURUSI JMB TMN ALAM INDAH SEKSYEN 33,
PELAJAR CERMELANG PEPERIKSAAN UPSR 2009 MENERIMA HADIAH WANG TUNAI DARI SHUHAIMI HJ SHAFIEI.

SEMOGA AKAN MEMPEROLEHI KEPUTUSAN YANG TERBAIK DI PEPERIKSAAN YANG AKAN DATANG.PENERIMA HADIAH KECERMELANGAN DI DALAM PEPERIKSAAN PMR 2009.


SEBAHAGIAN ORANG RAMAI YANG HADIR MENANTI DENGAN PENUH SABAR UNTUK MENDAPATKAN AYAM PERCIK,


No comments: