Friday, January 29, 2010

Ceramah Menyampaikan Maklumat Kepada Rakyat

SRI MUDA - Kekangan serta liputan yang amat terhad daripada media cetak dan media elektronik kepada Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat sejak sekian lamanya untuk menyampaikan maklumat dan isu terkini tidak sedikit pun mematahkan serta memadamkan semangat kepimpinan serta ahli parti.Antara jalan penyelesaian yang di ambil adalah dengan menganjurkan majlis ceramah perdana mahupun ceremah kelompok kerena selain memboleh kepimpinan bertemu terus dengan rakyat ia juga dapat menyampaikan sebarang maklumat serta isu dengan lebih tepat dan bernas.

Baru - baru ini bertempat di Dewan Orang Ramai Zon B taman Sri Muda telah di anjurkan satu ceramah yang mana telah mengabungkan barisan kepimpinan dari Pakatan Rakyat demi untuk menyampaikan segala butiran yang terkini berkenaan perkembangan gerak kerja Kerajaan negeri dan juga kupasan isu - isu terkini yang sedang melanda negara.Shuhaimi Hj Shafie mengambil kesempatan untuk menyalurkan segala perkembangan kerajaan negeri yang sedang dilaksanakan serta yang sedang di perhalusi untuk kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor di dalam agenda merakyatkan ekonomi selangor.





No comments: