Tuesday, January 26, 2010

MENZIARAHI DAN MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA RAKYAT KURANG BERKEMAMPUAN DITERUSKAN

SRI MUDA - Usaha untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan diteruskan walaupun bukan di musim pilihanraya kerana itu adalah satu tanggungjawap yang di tuntut oleh rakyat selepas memberikan amanah kepada seseorang yang di pilih ketika pilihanraya berlangsung.Tidak ketinggalan usaha itu dilakukan oleh Shuhaimi Hj Shafiei apabila sering kali akan turun padang dengan mencari seterusnya melawat keluarga yang kurang berkemampuan dan setelah di kenal pasti keluarga tersebut beliau akan menghulurkan bantuan serta sumbangan untuk meringankan bebanan keluarga tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei membuktikan kepada seluruh rakyat yang diwakilinya bahawa setiap bantuan yang dihulurkan tidak sama sekali memilih sesuatu kaum sahaja kerena beliau diberikan kemenangan didalam pilihanraya yang lalu oleh semua kaum maka beliau perlu berlaku adil kepada semua.Disetiap lawatan dan kunjunggan beliau ke kediaman keluarga yang kurang berkemampuan pastinya barangan keperluan dapur akan dihulurkan dan di sertakan sumbangan wang ringgit agar dapat meringankan bebanan keluarga tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei juga nebyeru kepada mereka - meraka yang menerima bantuan agar meneruskan usaha untuk merubah kehidupan mereka dimasa yang akan datang kerana masih ramai lagi meraka yang kurang berkemampuan memerlukan bantuan yang serupa.pada waktu yang sama shuhaimi Hj Shafiei juga menyeru kepada mereka - mereka yang berkemampuan agar tampil seterusnya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya agar dapat sedikit sebanyak memberikan peluang kepada golonggan merasai nikmat sebuah kehidupan seperti insan yang lain.





















No comments: