Thursday, January 7, 2010

PROGRAM JELAJAH "JOM KERJA" SINGGAH DI DUN KAWASAN SRI MUDA

SRI MUDA - Orang ramai di sekitar Dun Kawasan Sri Muda di jemput untuk bersama - sama turut serta dalam program Jom Kerja anjuran kerajaan Negeri Selangor yang akan berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah/Tanah Klang pada 09/01/2010 sehingga 10/01/2010.Bersempena dengan program tersebut satu konvoi juga turut dijayakan bertujuan untuk mempromosi dan mewar - war program tersebut kepada semua golonggan rakyat di sekitar Daerah Klang.

Kerjaaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) sentiasa berusaha demi membantu rakyat yang tidak mempunyai perkerjaan dengan menganjurkan program tersebut yang ada menawarkan tidak kurang 20,000 peluang perkerjaan.Konvoi program "JOM KERJA" akan melalui dan berhenti di dua lokasi yang yang telah ditetapkan di sekitar Dun Sri Muda antara lokasi yang telah ditetap adalah seperti berikut, Restoran Sangkan Tom Yam kampung Jalan Kedun pada Hari Sabtu 09/01/2010 jam 2.30 petang dan lokasi yang ke dua di Restoran Kak Minah Kampung Bukit Naga sekitar jam 3.00 petang.
Orang Ramai yang mana ingin mendapatkam maklumat yang terperinci berkenaan dengan program "JOM KERJA" dan menetap di sekitar lokasi persinggahan konvoi tersebut dijemput hadir kerana selain melihat sendiri peluang perkerjaan yang ditawarkan ia juga sebagai satu tanda sokongan kepada usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor Darul Ehsan.

No comments: