Thursday, February 4, 2010

Perniagaan Berasaskan Barang Suci & Halal

SRI MUDA - Kesedaran orang ramai untuk menitik beratkan penjagaan kesihatan telah membuka ruang serta peluang perniagaan yang cukup luas kerana pada ketika ini banyak barangan penjagaan kesihatan yang terdapat di pasaran.Maka peluang yang terhidang haruslah di ambil kesempatan oleh orang ramai kerana selain dapat merubah ekonomi dan pendapatan ia juga sebenarnya adalah satu ibadah sekiranya di usahakan dengan jujur dan mengikut landasan dan tuntutan agama islam.

Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini berpeluang hadir ke majlis perasmian stokis untuk kawasan Klang bagi memasarkan barangan keperluan peribadi yang berasaskan kesihatan.Shuhaimi Hj Shafiei dalam ucapkan yang telah di sampaikan menyeru kepada orang ramai agar mementingkan penjagaan kesihatan dengan memilih barangan keperluan yang di pasarkan berasaskan mesra alam dan tidak mengunakan bahan kimia yang berlebihan yang mana akhirnya akan memudaratkan kesihatan dalam jangkamasa panjang.


No comments: