Loading...

Monday, February 22, 2010

Jamuan Tahun Baru Cina & Lawat PCKK

Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 (Seksyen 31 & 33) yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow telah menganjurkan majlis jamuan sempena menyambut Tahun Baru Cina sambil melawat pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning baru pada pukul 1.oopm 10/02/2010.

Turut dijemput hadir bersama termasuklah ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei, Setiausaha Persatuan Penduduk Kota Kemuning, AJK MPP Zon 12, serta barisan pemimpin penduduk tempatan.

Selain daripada berjamu selera di pejabat baru MBSA cawangan Kota Kemuning, para jemputan juga sempat melawat bangunan pejabat baru ini yang sudah mulai operasi spenuhnya pada 08/02/2010. Dengan kesempatan seumpama ini, dapat menjaring hubungan erat antara wakil rakyat, pegawai MBSA, Ahli Majlis dan kepimpinan penduduk setempat.

Gambar bersama (dari kiri) Pegawai Pejabat YB En. Shaari, Ahli Majlis En. Tan AK, YB Shuhaimi Shafiei, Pengurus Cawangan En. Rauf, Pegawai dari Pejabat YB En. Rizal dan Pegawai MBSA En. Farid.

En. Tan Ak sedang berikan ucapan aluan sambil ucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan sedia MBSA sedia berkhidmat di bangunan baru ini.

YB Shuhaimi turut berikan kata-kata semangat dari sudut wakil rakyat.

Pengurus Cawangan En. Rauf berikan jaminan bertekad untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sebagai kapasiti Pengurus Cawangan.

Para jemputan dijamu dengan hidangan makan tengahari.

Wakil penduduk daripada Lake Side En. Rashid, En. Rauf dan AJK MPP Zon 12 En. Hasmadi.

Ketua Unit Penguatkuasa Cawangan En. Sallehuddin dan AJK Wanita DUN Cik Haslina menjamu selera.

Pegawai Kesihatan En. Azahar Nikmas mengambil nasi (kedua dari kanan).

Rombongan daripada pejabat ADUN gembira menjamu makanan.


No comments: