Tuesday, February 23, 2010

PENANTIAN 25 TAHUN PENDUDUK ISLAM TAMAN SRI MUDA UNTUK MEMILIKI MASJID BARU BAKAL TERCAPAI

SRI MUDA - Selama 25 tahun umat Islam yang menetap di sekitar kawasan Taman Sri Muda menanti dan mengidamkan sebuah masjid yang baru serta di lengkapi dengan kemudahan terkini akhirnya ia bakal tertunai sedikit masa lagi.Segala perancangan untuk menjadikan impian serta keinginan warga Taman Sri Muda satu kenyataan ADUN kawasan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei sentiasa memantau dan juga berhubung terus dengan pihak yang berwajib serta Exco yang berkenaan.Shuhaimi Hj Shafiei begitu memahami situasi yang sedang di hadapi oleh umat Islam sekitar Kawasan tersebut oleh kerana permohonan dari pihak masjid serta umat Islam sudah menjangkau 25 tahun lamanya.Ini bermakna pemimpin serta kerajaan yang terdahulu telah gagal untuk memperjuangkan hak rakyat di kawasan tersebut kerana seharusnya mereka sedar masjid yang sedia ada hanyalah sebuah madarsah yang dinaik taraf bagi membolehkan solat fardhu jumaat ditunaikan di situ.

Shuhaimi Hj Shafie telah berkesempatan melakukan lawatan serta tinjauan ke tapak yang telah di khaskan untuk pembinaan sebuah masjid yang baru di Taman Sri Muda baru - baru ini dengan diteman oleh kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat serta AJK Masjid Al - Falah.Ketika lawatan dan tinjau tersebut wartawan serta jurukemara TV Selangor telah hadir untuk membuat liputan serta temubual bersama Shuhaimi Hj Shafiei bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci agar semua golongan masyarakat memperolehi maklumat yang sahih apakah perkembangan yang terkini berkenaan dengan pembinaan masjid yang baru di taman tersebut.Ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk mencari kesalahan daripada kepimpinan yang terdahulu namun akan tetapi ia adalah satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan ataupun di sanggah oleh mana - mana pihak justeru Pakatan Rakyat akan berusaha untuk memastikan sebuah masjid yang baru dapat di bina dalam masa yang terdekat demi untuk pembangunan islam di kawasan sekitar Taman Sri Muda.
Lokasi tapak pembina yang di khaskan untuk pembinaan masjid yang baru ketika ini telah disewakan kepada pengusaha - pengusaha kereta terpakai agar ia tidak terbiar begitu sahaja tanpa memberikan faedah kepada Mais dan Jais.Shuhaimi Hj Shafiei ketika menjawap soalan wartawan TV Selangor telah memohon kepada pihak yang bertanggungjawap menguruskan pembayaran sewaan daripada penyewa agar dapat menyalurkan hasil kutipan sewaan tersebut ke tabung pembinaan masjid yang baru.Usaha ini sebenarnya sudah menampakkan sinar yang pastinya akan menggembirakan kerana pihak yang bertanggungjawap telah memberikan pengesahan yang mana masjid baru di taman Sri Muda akan di bina pada pertengahan tahun 2010 ini.















No comments: