Loading...

Thursday, February 11, 2010

YB Meraikan Kakitangan Pejabat ADUN

SRI MUDA - Hampir 2 tahun Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Adun Sri Muda beroperasi membantu melicinkan lagi urus tadbir YB Shuhaimi Hj Shafiei didalam kawasan Dun Sri Muda semenjak mendapat madat raykat dikawasan tersebut.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei berkesempatan untuk meraikan kakitangan Pusat Khidmat Rakyat yang telah banyak membantu beliau untuk melancarkan pengurusan pusat tersebut semenjak mula beroperasi pada 2008.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terharu dan terkejut kerana majlis yang dilangsungkan pada malam tersebut sebenarnya adalah atas daya usaha dari kakitangan pusat tersebut yang telah bersama - sama bersepakat menjayakannya.

Shuhaimi Hj Shafiei mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan serta induvidu yang telah menyokong serta membantu beliau didalam urus tadbir bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan yang terbaik berbanding kerajaan yang terdahulu.Shuhaimi Hj Shafiei juga melahirkan rasa terharu kerana kakitangan yang bertugas di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat sebenar lebih kearah membantu kerana mereka semuanya tidak ditawarkan dan diberikan gaji yang lumayan namunkan tetapi hanya sekadar menerima sedikit elaun sahaja.Apa yang menjadi keutamaan adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat keseluruhannya tanpa mengira fahaman politik mahupun agama serta bangsa kerana itulah asas perjuangan Pakatan Rakyat semenjak awal lagi.

Hadir bersama Pegawai Khas Exco Negeri YB Iskandar En. Rosli, veteren Reformasi En. Sallehin, YB Shuhaimi dan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.

YB mengampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.


Ketua Wanita Cik. Ana dan Bendahari AMk Kota Raja En. Jaberi tidak keitnggalan.

Sukarelawan / pembantu pejbat ADUN>

Ketua Biro Pendidikan Cikgu Segar, Ahli Majlis MPK En. Azmizam, Ketua JDM En. Kazim dan En. Razak.

No comments: