Menghadiri jamuan sempena Tahun Baru Cina
SRI MUDA - Keakrapan dan semangat persaudaraan di antara kaum semakin erat dan jitu semenjak Pakatan Rakyat ( PR ) mengambil alih tampok kepimpinan kerajaan di Negeri Selangor bermula 2008.Semua ini adalah kerana rakyat merasakan begitu selesaan dengan urus tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang sesungguhnya telah melakukan suatu perubahan yang telah lama di impikan oleh rakyat selama ini.Shuhaimi Hj Shafiei berpeluang untuk bersama - sama kaum cina di majlis jamuan makan bersempena sambutan tahun baru cina yang berlangsung di Kota Kemunng baru - baru ini.
Biarpun sambutan telah dijalankan lebih awal daripada tarikh yang sebenarnya namun akan tetapi kesemua tetamu yang hadir pada hari tersebut merasa cukup gembira dan terhibur kerana selain dapat bertemu dengan ADUN Shuhaimi Hj Shafiei tetamu juga dihiburkan dengan persembahan pentas.Shuhaimi Hj Shafiei berpeluang untuk bertemu dengan orang ramai yang hadir pada hari tersebut selain bermesra dengan mereka Shuhaimi Hj Shafiei juga berkesempatan bertukar - tukar pandangan serta pendapat dengan orang ramai.
No comments:
Post a Comment