Tuesday, February 9, 2010

KEALPAAN YANG HAMPIR MENGAKIBATKAN KEMUSNAHAN YANG BESAR..

SRI MUDA - Kerana tergesa - gesa untuk bersiap ke kelas tambah yang perlu di hadiri seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Shah Alam hampir mengakibatkan kemusnahan kediamannya sendiri.Ketika hari kejadian pelajar tersebut perlu bergegas ke sekolah kembali untuk menghadiri kelas tambahan dan dalam keadaan yang tergesa - gesa khuatir di tinggalkan bas pelajar tersebut terlupa untuk mematikan suis dapur memasak yang ketika itu sedang memasak air.Kerana kecuaian tersebut telah berlaku letupan dari dapur memasak dan telah mengakibatkan kebakaran di bahagian dapur kediaman tersebut namun akan tetapi keperihatinan jiran tetangga telah dapat mengelakkan kemusnahan yang lebih besar.


Shuhaimi Hj Shafiei yang perihatinan dengan musibah yang sedang dihadapi oleh keluarga tersebut tampil menghulurkan sumbangan serta memberikan sokongan serta semangat kepada keluarga mangsa agar tabah menghadapi segala dugaan dan musibah ini dengan penuh keimanan kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah dari ALLAH SWT.Shuhaimi Hj Shafiei yang meluangkan masa hampir sejam dikediaman tersebut dengan di iringi oleh wakil PKR Perumahan PPR Puan Anida Abu Bakar.Shuhaimi Hj Shafiei sempat memberikan nasihat kepada pelajar tersebut agar tidak melakukan kesilapan yang serupa dimasa yang akan datang kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan serta kerugian yang cukup besar sekiranya gagal untuk di padamkan dari peringkat awal.
















No comments: