Monday, February 15, 2010

Memorandum Bantah Jajaran LRT

Pada malam 17/01/2010, Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr. Siti Mariah dan ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei bersama-sama hadir ke majlis tandantangan bantah jajaran LRT yang dirancangkan oleh Perbadanan Prasarana Kerajaan Pusat.

Adalah dimaklumkan bahawa jajaran ini amat hampiri rumah setempat yang dikatakan lebih kurang 5 meter sahaja. Selain daripada itu, jajaran laluan ini tidak meliputi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Taman Alam Megah dan sebagainya.

Atas usaha persatuan penduduk, majlis tandatangan bantahan ini telah anjurkan untuk mengumpul tangdatangan tuan-tuan rumah yang terjejas.

Kedua-dua wakil rakyat sedang menandatangan memorandum menyokong bantahan penduduk.


YB Shuhaimi turut ambil kesempatan ini berikan sedikit penjelasan terkini kepada wakil persatuan penduduk.

YB Dr. Siti Mariah dan pemimpin persatuan penduduk mendengar taklimat ringkas YB Shuhaimi dengan penuh perhatian.

Kehadiran penduduk tempatan amat menggalakkan walaupun dalam tempoh notis yang singkat.


No comments: