Thursday, February 25, 2010

MENINJAU PERMASALAHAN SISITEM PEPARITAN DISEKITAR KG.BUKIT KEMUNING

SRI MUDA - Semenjak selepas memenangi pilihanraya pada PRU12, yang lalu Shuhaimi Hj Shafiei tidak pernah mengabaikan nasib rakyat yang beliau wakili kerana menbantu dan membela nasib rakyat adalah agenda yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.Biarpun seringkali masa untuk bersama - sama keluarga terlalu singkat namun akan tetapi semua itu tidak mematahkan semangat serta keazaman beliau untuk terus berkhidmat kepada rakyat yang memerlukan pembelaan dan ini dapat dibuktikan bila mana biarpun pada hujung minggu Shuhaimi Hj Shafiei tetap hadir melawat kawasan yang bermasalaha apabila mendapat maklumat dari penduduk setempat.
Shuhaimi Hj Shafiei melakukan semua itu adalah kerana merasakan wajib kepada beliau untuk memikul amanah yang telah diberikan kerana mood rakyat yang semakin hari semakin baik dalam menyokong Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat.Ketika melawat sekitar kawasan Bukit Kemuning Shuhaimi Hj Shafiei telah dibawa melihat masalah peparitan yang tidak terurus dan tersusun semenjak puluhan tahun lamanya dan bermakna semua itu berlaku sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri dari barisan nasional lagi.Selain parit tradisional yang dipenuhi oleh pelbagai tumbuhan juga wujud halangan - halangan yang disebabkan oleh induvidu yang tidak bertanggungjawap.
kerja - kerja pembinaan lebuhraya kemuning Shah Alam juga antara faktor yang menyumbang kepada masalah pengaliran serta masalah banjir yang sering berlaku di Bukit Kemuning.Shuhaimi Hj Shafiei memohon kepada pihak - pihak yang bertangungjawap seperti MBSA,JKR,JPS dan pemaju Lebuhraya agar dapat duduk semeja untuk berbincang mencari jalan penyelesaian kepada masalah - masalah yang sering berlaku di sekitar kawasan Bukit Kemuning serta kawasan - kawasan yang berhampiran.











No comments: