Thursday, February 4, 2010

Pesta Ponggal Kota Raja 2010

SRI MUDA - Keakrapan dan perpaduan di antara kaum semakin jelas terpancar semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih tampok pemerintahan Negeri Selangor pada 2008 daripada kerajaan yang terdahulu.Kemesraan dan keakrapan yang dimaksudkan dapat di lihat daripada pelbagai majlis yang berlansung antaranya baru - baru ini di majlis sambutan pesta ponggal peringkat Kota Raja yang turut di hadiri oleh pelbagai kaum di semua peringkat.Antara yang turut hadir ke majlis tersebut adalah Shuhaimi Hj Shafiei Adun Kawasan Sri Muda yang mana telah meluangkan masa di majlis tersebut dari awal sehingga ke penghujung majlis tersebut berlangsung.

Kehadiran Shuhaimi HJ Shafiei serta orang ramai yang terdiri dari pelnagai kaum telah membuatkan tetamu yang hadir merasa cukup teruja dan terharu kerana dari apa yang mereka nyatakan suasana seperti ini amat sukar untuk dilihat pada tahun - tahun ketika era kepimpinan Kerajaan yang lama dan ia terlalu berbeza ketika era pemerintahan Pakatan Rakyat ketika ini.


No comments: