Tuesday, February 23, 2010

BERSOLAT FARDHU JUMAAT BERSAMA WARGA PENDUDUK TAMAN SRI MUDA SEKSYEN 25, SHAH ALAM

SRI MUDA - Pada setiap hari jumaat YB Shuhaimi Hj Shafiei akan memastikan beliau dapat menunaikan solat fardhu jumaat di masjid - masjid yang terdapat didalam kawasan Dun Sri Muda untuk bertemu dengan para jamaah yang turut serta.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah memilih Masjid Al - Falah Taman Sri Muda untuk menunaikan solat Fardhu Jumaat yang mana turut disertai oleh kakitanggan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Sdr Azmin (Pegawai IT ),Sdr Azwan ( Pegawai Media ) serta AJk keADILan Taman Sri Muda.Seperti kebiasaan kehadiran Shuhaimi Hj Shafiei akan mendapat perhatian di kalanggan jamaah yang hadir dan mereka tidak melepaskan peluang untuk bersalaman serta bermesra selain menyampaikan dan menyalurkan perkara -perkara yang berbangkit di Taman Sri Muda.

Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan tujuan beliau menunaikan solat di Masjid - masjid yang terdapat disekitar kawasan DUN Sri Muda bukanlah berniat untuk meraih sokongan namun akan tetapi yang sebenarnya adalah bertujuan untuk bertemu dengan penduduk sekitar kerana pertemuan seperti itu akan berlangsung dalam suasana yang lebih mesra dan harmoni.Beliau akan berusaha untuk memastikan dapat meneruskan usaha ini kerana ia adalah satu tanggungjawap yang harus di pikul sepanjang bergelar wakil rakyat seperti yang telah di amanahkan oleh rakyat di sekitar kawasan Dun Sri Muda.



SHUHAIMI HJ SHAFIEI DISAMBUT MESRA OLEH AJK MASJID AL- FALAH KETIKA TIBA UNTUK MENUNAIKAN SOLAT DI MASJID TERSEBUT BARU - BARU INI.



KELIHATAN PARA JAMAAH BERBARIS UNTUK BERSALAMAN DENGAN SHUHAIMI HJ SHAFIEI SELEPAS SELESAI MENUNAIKAN SOLAT.

No comments: