Thursday, February 11, 2010

Mesyuarat Bulana J/K DUN Sri Muda

SRI MUDA - Jalinan kerjasama diantara pemimpin di peringkat atasan dan bawahan sangat diperlukan demi memastikan setiap apa juga yang akan dilaksanakan dapat di nikmati oleh semua golonggan sasaran.Ruangan masa yang seakan tidak memberikan kesempatan kepada seseorang pemimpin tidak boleh dijadikan satu alasan untuk langsung tidak bertemu dan bermesra dengan masyarakat di peringkat bawahan.Shuhaimi Hj Shafiei menyedari betapa pentingnya jalinan antara beliau dengan kepimpinan diperingkat JDM dan ranting di DUN Sri Muda telah menetapkan setiap bulan minggu pertama untuk di adakan majlis pertemuan dan mesyuarat yang mana akan di hadiri oleh kesemua ketua - ketua JDM serta Ranting.

pertemuan seperti itu adalah kesempatan kepada semua yang hadir untuk melahirkan pandangan serta memberikan buah fikiran demi menambah baik mutu perkhidmatan untuk rakyat dan juga demi memastikan setiap ahli akan merasakan mereka sentiasa di hargai oleh pemimpin mereka.Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada semua tidak mengira kedudukan didalam pemimpinan parti atau peringkat DUN mahupun orang ramai agar dapat memberikan maklum balas kepada beliau agar dapat beliau menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh keberkesanan selari dengan kehendak rakyat.



No comments: