Majlis Walimatul Urus Menceria Warga Tmn Setia
SRI MUDA - Selama ini penduduk Taman Setia tidak pernah menyangka seorang wakil rakyat yang bergelar Yang Berhormat boleh bermandi peluh untuk turut serta bergotong royong memasak di majlis perkahwinan.Namun akan tetapi sangkaan tersebut sama sekali meleset bila mana Shuhaimi Hj Shafiei hadir ke majlis walimatul urus seorang penduduk di taman tersebut dan turut bersama - sama bergotong royong membantu memasak nasi minyak akan akan di hidangkan kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut.
Kesemua tetamu yang hadir pada hari tersebut merasa cukup terharu kerana pada hari tersebut bukan sekdar dapat bertemu dan bermesra dengan wakil rakyat mereka tetapi dapat menikmati juadah yang di sediak pada hari tersebut hasil masakan beliau.Selama ini penduduk tidak dapat menyaksikan seorang wakil rakyat hadir dan turut serta membantu memasak juadah yang akan di hidangkan kepada tetamu namun akan tetapi peluang seperti ini mana mungkin dapat di lupakan sepanjang hayat mereka.
No comments:
Post a Comment