SRI MUDA - Demi untuk menyampaikan serta menjelaskan perkembangan beberapa isu terkini disemua peringkat Shuhaimi Hj Shafiei telah diberikan penghormatan menjadi penceramah utama di satu karnival Pakatan Rakyat Bahagian Bagan Serai Perak.Seawal jam 4.00 petang rombongan Shuhaimi Hj Shafiei seramai 8 orang telah memulakan perjalan ke Perak dari Pejabat Pusat Khidmat Rakyat di Kota Kemuning dan Selamat tiba pada sekitar jam 8.30 malam.
Kehadiran Shuhaimi Hj Shafiei di kawasan karnival telah disambut meriah oleh hampir 3000 orang penyokong yang mana turut melaungkan laungan keramat REFORMASI serta TAKBIR . Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalam - salaman dengan Shuhaimi Hj Shafiei kerana mereka merasa teruja bila mana seorang anak jati Bagan Serai menjadi seorang pemimpin di sebuah negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat.Ketika menyampaikan ucapan pada malam tersebut Shuhaimi Hj Shafiei telah mengupas beberapa isu yang mana ketika ini menjadi topik hangat dan rakyat memerlukan penjelasan daripada pemimpin - pemimpin yang diyakini mempunyai maklumat yang tepat.
Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan perancangan rapi akan dan sedang dilaksanakan oleh kepimpinan parti di semua peringkat termasuk kompenan Pakatan rakyat untuk bertemu rakyat bagi menjelaskan kemelut yang sedang melanda serta usaha - usaha untuk menangkis segala tomahan serta fitnah dari pihak lawan.Shuhaimi Hj Shafiei percaya rakyat di Perak serta seluruh Malaysia sudah matang dalam mentafsirkan apa sesuatu isu yang di timbulkan oleh pihak lawan benar atau rekaan semata - mata.
No comments:
Post a Comment