Tuesday, February 9, 2010

SOKONGAN RAKYAT TETAP TEGUH KEPADA ANWAR IBRAHIM.

SRI MUDA - Seperti episod yang pernah di pertontonkan kepada rakyat Malaysia sepuluh tahun lalu kini ia seperti di ulang tayangkan kembali dengan harapan rakyat akan menerima dan percayai pertuduhan yang sedang dihadapi oleh Saudara Anwar Ibrahim.Namun akan tetapi pihak - pihak yang berkenaan terlupa bahawa rakyat sudah bijak menilaikan segala pertuduhan tersebut benar atau lebih kepada niat buruk semata - mata untuk memburukkan serta membunuh karier politik saudara Anwar Ibrahim yang semakin mendapat sokongan serta penerimaan yang sangat baik dari rakyat keseluruhannya.

Baru - baru ini Saudara Shuhaimi Hj Shafiei telah hadir ke komplek Mahkamah Jalan Duta bersama - sama ribuan rakyat dan penyokong untuk memberikan sokongan moral kepada Saudara Anwar Ibrahim yang mana sedang menghadapi pertuduhan yang sama pernah beliau hadapi sepuluh tahun dahulu.Sepanjang berlangsungnya sesi perbicaraan pada hari tersebut barisan pimpinan dari Pakatan Rakyat bergilir - gilir memberikan ucapan berkenaan dengan maklumat serta perkembangan terkini berkenaan dengan sesi perbicaraan yang sedang berlangsung.Shuhaimi Hj Shafiei telah berpeluang bertemu dengan ramai kenalan dikalanggan reformis yang telah bersama - sama di dalam perjuangan lebih dari sepuluh tahun semenjak bermulanya gelombang REFORMASI pada 1998 lagi.






























No comments: