SRI MUDA - Beberapa hari yang lalu ahli serta penyokong Parti keADILan Rakyat cabang Kota Raja di kejutkan dengan berita kematian seorang pejuang yang telah sekian lama bersama - sama parti semenjak era Reformasi.Sdr Monoharan Ponnan telah meninggal dunia pada hari jumaat disebabkan oleh masalah jantung dan beliau pernah mendapatkan rawatan di IJN berkenaan dengan masalah kesihatannya itu.
Shuhaimi Hj Shafiei antara induvidu yang awal hadir menberikan penghormatan di kediaman mendiang yang terletak di Taman Sri Muda serta pemimpin disetiap peringkatan dan orang ramai tidak putus - putus hadir memberikan penghormatan.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa dukacita kerana mendiang adalah seorang yang pemimpin setempat yang cukup disenangi oleh penduduk kerana sikap ambil berat mendiang dengan masalah masyarakt.
No comments:
Post a Comment