Sunday, February 21, 2010

4 Wakil Rakyat Hadir di Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PSRA Daerah Klang

Kampung Jalan Kebun, Shah Alam 20 Feb - YB Dr Mariah Mahmud telah menghadiri Majlis menyampaian anugerah pelajar cemerlang bagi pelajar Sekolah Rendah Agama bagi daerah Klang di sini pagi tadi yang juga turut di hadiri oleh tiga orang wakil rakyat yang lain iaitu YB Dr Halimah Ali selaku Exco Pendidikan Negeri Selangor , YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sri Andalas dan YB Tuan Suhaimi Shafie, ADUN Sri Muda..

 Majlis yang di adakan di Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun itu, telah di rasmikan oleh YB Dr Halimah Ali dan di anjurkan oleh Majlis Permuafakatan PIBG SRA/SRAi Daerah Klang (MPPIBG), bagi memberi anugerah kepada pelajar-pelajar terbaik di setiap sekolah rendah agama di Daerah Klang yang telah mencapai kejayaan di dalam peperiksaan PSRA tahun 2009.

Seramai 59 pelajar dari 29 sekolah telah menerima hadiah dalam majlis tersebut.

Di dalam Ucapan perasmiannya, Dr Halimah mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan MPPIBG mengnjurkan majlis yang gilang gemilang tersebut.

Pada pandangan beliau, MPPIBG Daerah Klang amat aktif di bandingkan MPPIBG yang lain malah melebihi MPPIBG negeri Selangor sendiri.

Mengulas permintaan Presiden MPPIBG, En Misswadi Hj Sarbini, supaya kerajaan negeri memperbanyakkan lagi sekolah menengah agama di Negeri Selangor, YB Dr Halimah menyarankan agar semua pihak dapat memainkan peranan bagi mencapai matlamat tersebut kerana penubuhan sekolah menengah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat, maka YB Dr Mariah di harap dapat membawa perkara tersebut ke parlimen.

Pihak PIBG pula, untuk jalan pintas, di sarankan supaya menubuhkan sekolah KAFA menengah dan kerajaan negeri akan memberi sokongan dan bantuan.

Oleh kerana Kerajaan Pakatan Rakyat banyak menekankan aspek pendidikan, maka semua pihak dapat berhubung lanjut dengan wakil rakyat masing-masing yang memang menjadikan pendidikan sebagai aspek utama.

"Bukti yang jelas adalah kehadiran ramai wakil rakyat pada majlis ini." Tambahnya lagi. _Izha







No comments: