Loading...

Saturday, February 27, 2010

Penghargaan kepada Arwah Ustaz Hambari

Diambil dari blog YB Dr Mariah
Posting sebelum ini Kami doakan Ustaz cepat sembuh. PAS Kawasan Kota Raja mengadakan majlis ini Rabu lepas untuk memohon hajat dari Allah SWT agar Ustaz Hambari yang kami sayangi ini sembuh dari sakit cencer usus yang dialaminya. Malam tersebut terlalu shahdu untuk digambarkan keadaan semua jemaah yang hadir.

Kira-kira jam 11.19 pagi tadi bertalu-talu sms masuk memberitahu bahawa AF Ustaz yang juga merupakan AJK Dewan Ulamak PAS Kawasan Kota Raja yang kami dan seluruh ahli PAS Kawasan Kota Raja sayangi ini telah kembali kerahmatullah kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Berita ini disahkan sendiri melalui anakanda AF Ustaz, Dr Nora.

Saya menalifon Ketua Caw PAS Bukit Naga Ust. Maskor dan beliau mengiakan berita ini dan memberitahu jenazah akan tiba dari HUKM 1 setengah jam dari sekarang. Saya terus ke rumah Arwah Ust dan berjumpa dengan Tn Hj Ngaspan yang ada disana bersama Ismail Saime dan memberitahu hajat Shamsul Bharin, Azmi Awang dan saya untuk menyumbangkan peralatan mengkafan jenazah. Alhamdulillah permintaan diterima.

Lebih kurang pukul 1.00 tengahari jenazah sampai dan pada ketika itu telah ramai ahli keluarga, rakan taulan dan ahli PAS Kota Raja yang sampai.

Semasa solat zuhor hendak dimulakan kelihantan YB Shuhaimi ADUN Sri Muda sampai dan sempat berjemaah. Selesai Solat YB Khalid Samad MP Shah Alam (yang katanya ada banyak memory bersama Ustaz) sampai. Seperti yang semua sedia maklum bahawa YB Khalid memang rapat dengan PAS Kota Raja kerana sebelum pecah dua dari dulu pun beliau merupakan YDP Shah Alam dan waktu tu pun Kota Raja masih belum wujud.

Solat jenazah diadakan selepas itu dan kehadiran yang ramai memenuhi setiap ruang Dewan Dato Fadhil Nor sehingga muslimat terpaksa solat jenazah di ruang pejabat tingkat atas. Solat jenazah diimamkan oleh AF Ustaz Sutrisnor. Turut sama YB Khalid berbaju batik dan YB Shuhaimi bersongkok hitam.
Kira-kira jam 2.00ptg jenazah dibawa keperkuburan Jalan Kebun dan keadaan begitu sesak sekali.
Ketua Caw PAS Bukit Naga (teman sejati arwah) membacakan talkin ditanah perkuburan Islam Jalan Kebun, disebelah kanan beliau ialah YB Shuhaimi, kiri Hj Buang, Ketua Kampung Bkt Naga dibelakang hj Mulyani Bendahari dan TYDP Sdr Norhalim Sirome.

Selain itu ramai ahli KPP yang turut hadir termasuk Sdr Letchumanan, Sdr Ramu, Sdr Somu, Sdr Vijay, Sdr Segar dan lain-lain.

Siapa Ustaz Hambari, sehingga beliau amat dikenali dan disayangi oleh semua pimpinan dan Ahli PAS Kota Raja termasuk anak kecil .... bersambung ......

Nota : YB Dr Siti Mariah tidak dapat bersama kerana beliau berada di Kedah. Manakala YDP & NYDP juga tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat Agong PAS Zon Andalas.

No comments: