Monday, March 1, 2010

SINGGAH BERTANYAKAN KHABAR RAKYAT .......

SRI MUDA - Sekiranya berkesempatan Shuhaimi Hj Shafiei lebih selesa untuk bertemu dengan rakyat yang beliau wakili dengan tanpa temujanji mahu pun majlis rasmi.Seperti baru - baru ini ketika singgah sebentar di Kampung Jalan Kebun untuk melawat dan meninjau lokais pembinaan jalan baru untuk kegunaan lori - lori pasir Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa untuk bertemu dengan Saudara Saadon Bin Selamat yang telah terlibat dengan kemalanggan jalan raya beberapa bulan yang lalu untuk bertanyakan khabar serta perkembangan terkini berkaitan dengan tahap kesihatan Saudara Saadon.

Turut bersama - sama menemani Shuhaimi Hj Shafiei pada hari tersebut terdiri dari Tuan Hj Salehan Hj Tahir Ketua Kampung merangkap Pengurusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan kampung ( JKKK) Kampung Jalan Kebun serta beberapa orang penduduk setempat.Shuhaimi Hj Shafiei sentiasa berdoa agar Saudara Saadon cepat sembuh seperti sedia kala dan akan memberikan kebahagian dan keceriaan kepada seluruh ahli keluarga.Saudara Saadon sesungguhnya amat di kenali oleh penduduk kampung kerana sewaktu sihatnya beliau adalah salah seorang sukarelawan yang memandu kereta jenazah di Kampung Jalan Kebun.


No comments: