SRI MUDA - Saat kehilangan insan yang paling di sayang dan yang dicintai adalah sesuatu yang amat pedih serta perit untuk diterima kerana setelah sekian lama hidupan bersama dimuka bumi ini.Kembalinya insan bergelar ibu yang kembali menemui ALLAH SWT pastinya begitu dirasai kerana mengenangkan segala curahan kasih sayang serta penat lelah membesarkan kita sedari kecil sehinggalah dewasa dengan serba kekurang namun masih mampu meneruskannya.Baru - baru ibu kepada setiausaha DUN Sri Muda Saudara Muhamad Noor @ Mr Don telah kembali ke rahmatullah ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan susulan berkaitan masalah kesihatan yang dihadapi.
Shuhaimi Hj Shafiei telah berkesempatan hadir ke kediaman Saudara Muhamad Noor di Bayan Lepas Pulau Pinang untuk menziarahi jenazah bondanya yang turut disertai oleh kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat seramai 8 orang degan menaiki 2 buah kenderaan.Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir sejam lamanya ketika berada di kediaman Saudara Muhamad Noor dan berkesempatam untuk membacakan surah yasin dan terpaksa bergegas pulang semula ke Sri Muda kerana ada menerima satu lagi berita kematian seorang teman di Klang.Shuhaimi Hj Shafiei mendoakan semoga roh bonda kepada saudara Muhamad Noor akan mendapat perlindungan dari ALLAH SWT serta di tempatkan dikalanggan hamba - hambanya yang soleh dan soleha.Shuhaimi Hj Shafiei juga sempat memberikan kata - kata semangat serta peransang kepada Saudara muhamad Noor agar tabah melalui segala ujian serta dugaan dari ALLAH kerana segala yang berlaku adalah kehendaknya dan kita yang hidup akan juga kembali menemuinya dan hanya masa yang akan menetukan.Marilah teman - teman yang beragama islam menyedekahkan surah "Al - Fatihah" kepada roh bonda kepada sahabat kita saudara Muhamad Noor @ Mr Don.
No comments:
Post a Comment