Tuesday, March 9, 2010

TINDAKAN PEMILIK KEDIAMAN SERTA KENDERAAN DIKHUATIRI AKAN MENGUNDANG BAHAYA KEPADA PENDUDUK SEKITAR

SRI MUDA - Jiran sepakat membawa berkat itulah ungkapan yang sering di ungkapkan oleh kita untuk mengambarkan bahawa sekiranya kita dan jiran sekeliling mengamal sikap saling hormat menghormati serta bantu membantu kehidupan kita akan terjamin dan selesa.Namun apa yang sedang dihadapi oleh penduduk di jalan 25/28B dan sekitar adalah sebaliknya bila mana beberapa orang pemilik kepada kediaman serta kenderaan yang dibiarkan tanpa penjagaan yang boleh menjadi lokasi tempat pembiakan nyamuk aedes dan binatang merbahaya.

Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa kekesalan yang tidak terhingga kerana tindakan oleh pemilik bukan hanya sekadar tidak memikirkan sensitiviti penghuni malahan ia akan mengundang pelbagai masalah berkaitan kesihatan serta keselematan penduduk sekitar.Ketika tinjauan antara kesalahan yang dilakukan oleh pemilik pediaman adalah menjadikan premis kediaman meraka sebagai stor penyimpanan barang - barangan pembinaan dan longkang yang tersumbat dipenuhi dengan rumput yang menjalar.Sebuah lagi premis kediaman dibiarkan kosong tanpa penghuni yang mana dijadikan tempat membuang bahan - bahan buangan serta ketika ditinjau sebelah dalam pula ada beberapa helai pakaian dalam wanita dan dikhuatiri ia dijadikan tempat untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Shuhaimi Hj Shafiei akan mendapatkan kerjasama dari pihak yang bertanggungjawap untuk mengenal pasti pemilik premis yang tidak berpenghuni serta pemilik premis kediaman yang menjadikan kediaman mereka sebagai stor pemyimpan barang.Shuhaimi Hj Shafiei akan sentiasa memantau setiap perkembangan berkaitan dengan permasalahan tersebut demi kebaikan serta keselesaan penduduk.





No comments: