ADUAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT MENJADI KEUTAMAAN "PAKATAN RAKYAT"
SRI MUDA - Mendengar melayani membantu adalah antara prinsip penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat akan sentiasa terbela dan setiap aduan rakyat akan dapat dibantu dengan kadar yang segera.Shuhaimi Hj Shafiei sering kali akan pergi ke lokasi - lokasi yang sering dilanda permasalahan demi menjalankan amanah yang telah dipertanggunjawapkan kepada beliau sebagai wakil rakyat biarpun ada ketikanya permasalahan tersebut seharusnya hanya perlu campur tangan daripada Ahli Majlis sahaja.Namun akan tetapi mungkin kerana kurangnya pemahaman oleh rakyat serta ahli majlis itu sendiri yang mengakibatkan orang ramai akan mengambil langkah dengan terus berkunjung ke pejabat beliau untuk membuat aduan.
Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 2 jam untuk melakukan lawatan mengejut untuk meninjau sendiri berkenaan dengan permasalahan orang ramai berkaitan dengan kegagalan sistem saliran di longkang - longkang yang mengalir dengan baik di sekitar seksyen 25 Taman Sri Muda Shah Alam.Tinjauan pada hari tersebut turut disertai oleh pegawai dari Majlis Bandaraya Shah Alam,Alam Flora serta Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 09 serta beberapa orang penduduk yang bertindak sebagai penunjuk arah berkenaan dengan lokasi aduan.Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya akan berusaha untuk menjalinkan hubunggan dengan lebih rapat dengan pihak yang dipertanggungjawapkan bagi menyelia kebersihan sekitar kawasan Taman Sri Muda.
No comments:
Post a Comment